Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABUL FAZL | Abul Fazl (15151602) ialah sarjana India yang menjadi sahabat karib dan penulis biografi Maharaja Mughal, Akbar (lihat Akbar ). | UMUM | |
MONTS, SIEUR DE | Monts, Sieur de (1560?1630?), penjelajah dan penjajah Perancis, yang menubuhkan petempatan penduduk di wilayah Acadia Kanada. Dia mempunyai minat dalam bidang perniagaan bulu binatang, penemuan baru, dan pelayaran. Sieur de Monts ialah rakan karib Raja Henry IV Perancis. Henry IV melantik Monts menjadi leftenan jeneral dan gabenor Acadia. | UMUM | |
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD | SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam. Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah. Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani. Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut. Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya. Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah. Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| karib (adjektif) | 1. Dalam konteks saudara bersinonim dengan dekat, rapat sepupu, kerabat, kemanakan, ibu saudara, bapa saudara,
datuk, nenek, cucu, Berantonim dengan jauh
2. Dalam konteks sahabat bersinonim dengan erat, rapat, baik, mesra, ikrab, intim, konco, kamceng, geng, komrad,
| Kata Terbitan : berkarib, mengaribi, mengaribkan, kekariban, |
|
|