Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUTERA | Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat (bahan seperti benang) yang digunakan untuk membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain. Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain secara ekonomi. | UMUM | |
KAIN SEBAI | KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut tetampan atau selampai yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN ANTELAS | KAIN ANTELAS, kain yang berkilauan hasil daripada hiasan bahan-bahan logam yang berkilat. Dalam budaya Melayu tradisi, kain antelas selalu dihubungkan dengan kelengkapan pakaian yang indah-indah seperti kain sutera atau satin berkilat-kilat dan kain berpanca logam. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN SAYAP PEKAKA | KAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN PELANGI | KAIN PELANGI, kain yang ragam hiasnya dibuat dengan teknik ikat celup. Perkataan pelangi merujuk teknik menghias permukaan kain berwarna natar. Kain yang sesuai digunakan untuk membuat kain pelangi ialah sutera creape dan kapas. Teknik ini dikatakan berasal dari India, China, Jepun, Jawa dan Bali walaupun cebisan kain pelangi terawal telah dijumpai di Peru. Teknik resis digunakan untuk membentuk ragam hias warna-warni seperti pelangi. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SERGE | Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib serong atau rib miring pada permukaan kain. Serge worsted digunakan untuk membuat pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak digunakan untuk lapik. | UMUM | |
KAIN BUGIS | KAIN BUGIS, kain tenunan berasal dari Sulawesi. Kain bugis diperbuat daripada tenunan benang sutera atau benang kapas halus dengan menggunakan kek sadang belakang dan ditenun oleh kaum wanita Makasar dan Bugis sebagai punca pendapatan keluarga. Kain bugis telah menjadi industri kampung menggunakan kek lantai dan torak terbang. Oleh itu, kain bugis yang asli biasanya berkampuh dua manakala kain bugis masa kini tidak berkampuh. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KASA | Kasa ialah kain yang nipis, terbuka yang dibuat daripada kapas, sutera, rayon, atau serat sintetik. Kasa (Gauze) mungkin mendapat namanya daripada bandar purba, Gaza, di Palestin, tempat jenis kain ini pertama kali dibuat. | UMUM | |
BALDU DEWANGGA | BALDU DEWANGGA, sejenis kain yang berasal dari India, Arab, Parsi dan China. Kain dewangga bererti kain yang indah untuk menutupi anggota badan dipakai oleh golongan bangsawan. Istilah dewangga umumnya merujuk kepada sejenis kain yang bercorak indah (biru atau kuning di atas kain natar merah). Dengan penggunaan bahan tertentu disebut lengkap sebagai sutera dewangga atau baldu dewangga. Kain ini juga dikenal sebagai ainulbanat atau kamkha. Misalnya pada abad ke-14, China pernah mengirim bingkisan ke Melaka iaitu sutera benang emas kamkha dewangga, yang bererti kain daripada benang sutera yang dihias dengan sulaman benang. | BUDAYA | Konsep |
TAFETA | Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera. Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil untuk membuat reben. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kain (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan kain cita, kain sutera, kain songket, kain tenun, kain belacu, kain cindai,
kain baldu, kain georget, kain organza, kain renda, kain sifon, kain tartan, kain keju,
kain sakhlat, kain voil, kain dungare, kain felt, kain krep, kain kapas,
kain muslin, kain kasa, kain terpal, kain rambuti, kain net, kain mota, kain mata punai,
kain satin,
2. Dalam konteks kegunaan bersinonim dengan kain sarung, kain pelikat, kain samping, kain serban, dagang luar, kain basahan,
kain mandi, kain batik kain sembahyang, kain selimut, kain gebar, kain tudung, kain cadar,
kain alas, kain buruk, kain kesat, kain dondangan, kain langsir, kain layar, kain rahap,
kain kemban, kain lampin, kain popok, kain cawat.,
|
|
Puisi |
---|
|
Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang.
Lihat selanjutnya... |
|