Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAIN KAMPUH | KAIN KAMPUH, kain sarung panjang yang diperbuat daripada dua keping kain tenunan berlerang kecil dan dicantum jahit bagi menjadikannya sehelai kain sarung. Ada kalanya, bagi mendapatkan kain sarung hingga ke paras dada, kain itu dikampuh tiga. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN DAGANG LUAR | KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SARUNG | SARUNG, sehelai kain tenunan yang panjangnya lebih kurang 2 m dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan. Panjang kain sarung tidak ada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut atau pinggang hingga ke paras buku lali. Pemakaian kain sarung sering dikaitkan dengan penduduk Asia Tenggara seperti Malaysia, Kepulauan Indonesia (Sumatera dan Jawa), Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, Filipina dan Brunei. | BUDAYA | Konsep |
KAIN BATIK KEDAH | KAIN BATIK KEDAH, kain sarung batik cap. Pada awalnya kain ini dihasilkan oleh pembatik di negeri Kelantan dan Terengganu, tetapi kini ia terdapat di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kain sarung ini digunakan oleh wanita Kedah sebagai pakaian harian. Di tempat-tempat lain, kain batik dipakai sewaktu bersembahyang. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PAKAIAN BASAHAN | PAKAIAN BASAHAN, pakaian yang dipakai setiap hari seperti baju, seluar, kain sarung, kain ikat kepala dan segala jenis pakaian dalam. Pakaian basahan sering dikaitkan dengan pakaian yang agak lusuh, dipakai ketika berada di dalam rumah atau membuat kerja-kerja di sekitar rumah. Pakaian basahan juga merangkumi pakaian harian yang dipakai oleh orang kampung ketika pergi ke sawah, ke kebun, atau melakukan apa jua kerja harian yang lasak. | BUDAYA | Pakaian |
KAIN PELEKAT | KAIN PELEKAT, kain sarung yang diperbuat daripada benang kapas tenunan tabi dengan ragam hias tapak catur atau berpetak-petak atau berjalur-jalur. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN LEPAS | KAIN LEPAS, kain yang seakan-akan kain sarung tetapi tidak dicantum kedua-dua hujungnya. Selalunya, kain lepas disebut sebagai kain batik lepas. Kain ini menjadi pakaian rasmi wanita di Indonesia. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN SELERANG | KAIN SELERANG, kain sarung yang dihasilkan tanpa berkampuh. Kain ini ditenun menggunakan kek Melayu kecuali kain corak Pahang yang menggunakan kek siam. Kek siam digunakan kerana lebih cepat dan boleh menghasilkan dua hingga tiga helai sarung dalam sehari. Kain sarungnya juga lebih lebar dan panjang daripada kek Melayu. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG | PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu. Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17. Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu. | BUDAYA | Pakaian |
KAIN KELUBUNG | KAIN KELUBUNG, kain atau selendang yang digunakan bagi menutup kepala atau sebahagian muka wanita. Kain kelubung juga dikatakan sebagai kain sarung kedua bagi wanita yang digunakan untuk menutup kepala dan separuh badan. Jika wanita tersebut masuk ke dalam rumah atau bertemu muhrim atau berada dalam majlis, kain ini diikat di pinggang sebagai kain dagang luar. | BUDAYA | Kraf Tangan |
|
Tesaurus |
---|
| kain (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan kain cita, kain sutera, kain songket, kain tenun, kain belacu, kain cindai,
kain baldu, kain georget, kain organza, kain renda, kain sifon, kain tartan, kain keju,
kain sakhlat, kain voil, kain dungare, kain felt, kain krep, kain kapas,
kain muslin, kain kasa, kain terpal, kain rambuti, kain net, kain mota, kain mata punai,
kain satin,
2. Dalam konteks kegunaan bersinonim dengan kain sarung, kain pelikat, kain samping, kain serban, dagang luar, kain basahan,
kain mandi, kain batik kain sembahyang, kain selimut, kain gebar, kain tudung, kain cadar,
kain alas, kain buruk, kain kesat, kain dondangan, kain langsir, kain layar, kain rahap,
kain kemban, kain lampin, kain popok, kain cawat.,
|
|
Puisi |
---|
|
Kain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati.
Lihat selanjutnya... |
|