Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TEKSTIL | Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak kain masih diperbuat daripada tenunan yang menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil. Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan kain sebagai tekstil. | UMUM | |
MESIN PENGAIT | Mesin pengait ialah alat untuk membuat fabrik berkait. Sebagaimana mengait tangan, mesin pengait menghasilkan fabrik dengan membentuk gelung pada benang dan merangkaikannya antara satu dengan yang lain dengan menggunakan jarum. Bagaimanapun, mesin pengait menggunakan banyak jarum dan dapat mengait daripada 100 000 jahitan hingga lebih daripada tujuh juta jahitan dalam tempoh seminit. Mesin pengait membuat pelbagai jenis fabrik daripada kain renda yang halus hinggalah kepada ambal yang berat. Hasil fabrik berkait yang lain, termasuk hosiery pelbagai jenis pakaian yang lain, dan langsir. | UMUM | |
PAKAIAN PERKAHWINAN | PAKAIAN PERKAHWINAN, pakaian yang dipakai oleh pengantin di majlis perkahwinan. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain songket, broked atau kain renda yang bermutu tinggi. | BUDAYA | Pakaian |
RENDA | Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda yang paling halus diperbuat daripada benang linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat buatan, malah benang emas dan perak juga turut digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis renda, terdiri daripada corak bunga atau daun. Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan, bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang perhiasan untuk rumah dan gereja. | UMUM | |
KAIN SEBAI | KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut tetampan atau selampai yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SAPU TANGAN | Sapu tangan ialah sehelai kain kecil yang kita bawa untuk mengesat muka, hidung atau mata. Ia biasanya dibuat daripada kapas atau linen, tetapi ia mungkin juga dibuat daripada renda atau sutera. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sapu tangan pertama yang kita ketahui hari ini. Pada Zaman Pertengahan (dari tahun 400-an hingga 1500 M.), sapu tangan menjadi hiasan. Di Perancis pada tahun 1000- an, orang lelaki dan wanita memakai sapu tangan yang tergantung pada tali pinggang. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kain (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan kain cita, kain sutera, kain songket, kain tenun, kain belacu, kain cindai,
kain baldu, kain georget, kain organza, kain renda, kain sifon, kain tartan, kain keju,
kain sakhlat, kain voil, kain dungare, kain felt, kain krep, kain kapas,
kain muslin, kain kasa, kain terpal, kain rambuti, kain net, kain mota, kain mata punai,
kain satin,
2. Dalam konteks kegunaan bersinonim dengan kain sarung, kain pelikat, kain samping, kain serban, dagang luar, kain basahan,
kain mandi, kain batik kain sembahyang, kain selimut, kain gebar, kain tudung, kain cadar,
kain alas, kain buruk, kain kesat, kain dondangan, kain langsir, kain layar, kain rahap,
kain kemban, kain lampin, kain popok, kain cawat.,
|
|
|