Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAWALAN HARGA | Kawalan harga ialah kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk mempengaruhi harga, bagi kebaikan pengeluar atau pengguna. Kawalan harga sering digunakan untuk mengelakkan harga daripada kenaikan yang terlalu cepat. | UMUM | |
HARGA | | UMUM | |
INDEKS HARGA PENGELUAR | Indeks harga pengeluar ialah pengukuran perubahan harga yang dikenakan oleh pengeluar dan pemborong. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Kaedah |
INDEKS HARGA PENGGUNA | | UMUM | |
KEANJALAN HARGA | Konsep ekonomi | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
AKTA KAWALAN HARGA 1946 | Akta Kawalan Harga 1946, akta yang membenarkan pengawalan harga bagi semua jenis barang oleh pihak berkuasa. Akta ini telah digubal pada tahun 1946 dan disemak pada tahun 1973. | UNDANG-UNDANG | Akta |
NILAI | Nilai dalam bidang ekonomi, bermaksud kuasa yang ada pada sesuatu barangan untuk membolehkannya ditukar dengan barangan lain. Nilai berkaitan dengan syarat yang dikenakan apabila menukar sesuatu barangan dengan yang lain. Nilai tidak sama dengan harga. Harga suatu barangan ialah kuasa tukaran dalam bentuk wang. Nilai, bererti kuasa tukaran dalam bentuk barangan lain. | UMUM | |
LAMBAKAN | Lambakan, suatu bentuk diskriminasi harga apabila sesuatu barang dijual dengan harga yang rendah di pasaran luar berbanding dengan harga di pasaran tempatan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
PURATA DOW JONES | Purata Dow Jones merupakan statistik yang menunjukkan aliran harga saham dan bon di Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham New York . Dow Jones & Company, sebuah firma penerbitan kewangan, mengira purata taksiran setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap- tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata harga saham biasa daripada 30 firma industri, (2) purata saham biasa daripada 20 syarikat pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15 syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi. Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini. | UMUM | |
ARBITRAJ | Arbitraj ialah pembelian satu aset pada harga kurang nilai di satu pasaran dan penjualan aset tersebut pada harga lebih nilai di satu pasaran yang lain. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| harga (kata nama) | 1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,
2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,
| Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan, |
|
Puisi |
---|
|
Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 621 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|