Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HAMBA | | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
LIBERIA | Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika. Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan daripada kapal hamba abdi yang menuju ke Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas. | UMUM | |
SHARP, GRANVILLE | Sharp, Granville (17351813) ialah pemimpin gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang memutuskan bahawa hamba yang memasuki wilayah British adalah bebas secara automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan kempen menentang kumpulan yang menindas dan membantu menubuhkan Persatuan Bible British dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham, England. | UMUM | |
ANDROCLES | Androcles juga dinamakan Androclus, ialah hamba Rom yang melarikan diri dari tuannya dan bersembunyi di dalam gua. Dia menarik keluar duri dari tapak kaki seekor singa yang menderita kesakitan. Kemudian, Androcles berhadapan dengan singa yang sama dalam gelanggang Rom. Singa itu mengenali Androcles dan enggan mencederakannya. Drama George Bernard Shaw, Androcles and the Lion (1912) adalah berdasarkan cerita ini. | UMUM | |
SPARTACUS | Spartacus (? 71 S.M.) , memimpin satu pemberontakan besar hamba abdi menentang Empayar Rom. Pemberontakan tersebut berlangsung dari tahun 73 S.M. hingga 71 S.M. | UMUM | |
SURAPATI | Surapati ( ? 1706), perajurit dari Bali, yang meningkat kedudukannya daripada hamba, sehingga menjadi seorang pemerintah separuh merdeka di sebuah wilayah di Pulau Jawa pada tahun 1600-an. Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur Belanda telah menguasai kepulauan itu yang kini membentuk negara Indonesia. Orang Belanda menganggap Surapati satu daripada musuh mereka yang banyak menimbulkan masalah. | UMUM | |
PERHAMBAAN | Perhambaan merupakan satu amalan manusia yang memiliki manusia lain. Seorang hamba abdi menjadi hak milik kepada tuannya dan bekerja untuknya tanpa sebarang upah atau gaji. Pemilik yang disebut tuan atau puan membekalkan makanan, tempat tinggal, dan pakaian kepadanya. Perhambaan bermula pada zaman prasejarah dan diamalkan sejak dari zaman tersebut. Perhambaan pada zaman purba mencapai kemuncaknya di Greece dan Empayar Rom. Pada Zaman Pertengahan, amalan perhambaan mengalami kemerosotan. Kemudian pada tahun 1500-an dan 1600-an, penjajahan Dunia Baru oleh orang Eropah telah mengakibatkan berkembangnya perhambaan secara pesat. Kemerosotan perhambaan disebabkan oleh perubahan moral terhadap perhambaan pada tahun 1800-an. Kini, perhambaan adalah tidak sah di sisi undang-undang di hampir setiap negara tetapi amalan ini masih lagi wujud di beberapa bahagian Afrika, Asia, dan Amerika Selatan. | UMUM | |
ESTEVANICO | Estevanico (1500?1539), juga dikenali sebagai Esteban ialah hamba kulit hitam yang berasal dari Maghribi. Dia menjadi antara orang pertama yang meneroka barat daya Amerika Syarikat. | UMUM | |
DONGENG AESOP | Dongeng Aesop ialah kumpulan cerita yang ditulis oleh seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup kira-kira pada tahun 600 SM. Seperti dongeng lain, setiap kisah ringkas dalam kumpulan itu mempunyai pengajaran dan nasihat. | UMUM | |
PLEBIAN | Plebian ialah golongan rakyat biasa pada zaman awal Republik Rom. Plebian termasuk hamba yang dibebaskan, petani, dan orang di bawah tanggungan golongan aristokrat. Tidak diketahui bagaimana mula berlaku perbezaan antara plebian dan golongan aristokrat, tetapi perbezaan telah wujud pada awal tahun 500 S.M. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| hamba (kata nama) | 1. Dalam konteks ganti nama diri bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,
2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti, Berantonim dengan tuan
| Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan, |
|
Puisi |
---|
|
Petang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik.
Lihat selanjutnya... |
|