Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AQRA' IBN HABIS, AL- | Aqra ibn Habis, al- ( ? 31 H. / ? 651 M.), salah seorang daripada sahabat nabi yang baru memeluk Islam. Nama penuhnya ialah al-Aqra ibn Habis al- Tamimi. Dikatakan bahawa nama sebenarnya ialah Firas, tetapi dia digelar al-Aqra (botak) kerana kepalanya yang botak. Dia berasal dari kalangan pemimpin Arab di zaman jahiliyyah, pernah menyertai pembukaan Kota Makkah dan Perang Hunayn, serta pernah menyertai peristiwa pengepungan Taif. | UMUM | |
KUASA AIR | Kuasa air ialah sumber tenaga yang bernilai. Apabila bahan api seperti batu arang, minyak, dan bahan api nuklear telah dibakar sebagai sumber tenaga, ia tidak boleh digunakan semula. Tetapi air yang digunakan sebagai sumber tenaga tidak habis digunakan. Air yang mengalir berterusan di bumi boleh dimanfaatkan untuk mengeluarkan tenaga mekanikal dan tenaga elektrik yang berguna. | UMUM | |
SEL BAHAN API | Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri adalah bahan api dan pengoksida dan habis digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah. | UMUM | |
RUTH, BABE | Ruth, Babe (18951948) ialah pemukul larian habis yang pertama dan hebat dalam sejarah besbol Amerika. | UMUM | Umum |
|
Tesaurus |
---|
| habis | 1. Bersinonim dengan kesemuanya ( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, ) (adverba:)
2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya ( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, ) (adverba:)
3. Bersinonim dengan siap ( selesai, beres, tamat, berakhir, ) (kata kerja:)
4. Bersinonim dengan paling ( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, ) (kata tugas:)
5. Bersinonim dengan selepas ( sesudah, setelah, ) (kata tugas:)
6. Bersinonim dengan jadi ( kalau begitu, maka, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan, |
|
Puisi |
---|
|
Habis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak.
Lihat selanjutnya... |
|