Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
REVIVALISME | Revivalisme merupakan pendekatan terhadap agama yang menekankan pengalaman keagamaan seseorang dan bukan doktrin. Ia sering kali dikaitkan dengan ceramah yang bersemangat dan penuh emosi. | UMUM | |
MAHY, MARGARET | Mahy, Margaret (1936 ), pengarang buku kanak-kanak kelahiran New Zealand yang terkenal di seluruh dunia kerana kebolehannya bercerita. Karyanya bersemangat dan jelas, dan menarik imaginasi kanak-kanak. | UMUM | |
THACKERAY, WILLIAM MAKEPEACE | Thackeray, William Makepeace (18111863), salah seorang penulis novel agung Inggeris Zaman Victoria . Novelnya Vanity Fair merupakan salah sebuah novel yang terbaik dalam kesusasteraan Inggeris. Thackeray menulis dengan gaya yang menarik dan bersemangat, kosa kata yang mudah dan struktur ayat yang jelas. Ciri-ciri ini, digabungkan dengan pandangan hidupnya yang jujur, memberikannya kedudukan yang penting dalam sejarah kesusasteraan realistik. | UMUM | |
TENNESSEE | Tennessee ialah negeri di selatan Amerika Syarikat. Nashville , ibu negerinya, merupakan pusat muzik country yang paling terkemuka (lihat Muzik Country ). Peneroka-peneroka Amerika menyeberangi gunung-ganang di Tennessee untuk bermastautin di kawasan gersang. Mereka terkenal sebagai golongan yang bersemangat tinggi dan berani, mereka menubuhkan kerajaan mereka sendiri di kawasan ini, sebelum wujudnya kerajaan lain yang merdeka di Amerika Utara. Kemudian, semasa Perang Saudara Amerika (18611865), banyak pertempuran berlaku di Tennessee . | UMUM | |
SACHS, NELLY | Sachs, Nelly (18911970) ialah penyair dan dramatis wanita Yahudi yang dilahirkan di Jerman. Dia berkongsi Hadiah Nobel tahun 1966 dalam bidang kesusasteraan bersama-sama penulis Israel, Shmuel Yosef Agnon. Para hakim memberikan penghormatan kepada Sach atas penulisannya yang penuh bersemangat dan meyakinkan dalam menggambarkan nasib Israel dengan amat mengharukan. Kebanyakan puisinya membicarakan penindasan dan kesengsaraan yang dialami oleh orang Yahudi selama beratus-ratus tahun. | UMUM | |
MALIBRAN, MARIA FELICITA | Malibran, Maria Felicita (18081836) ialah penyanyi opera Sepanyol yang terkenal. Dia dikenali kerana suaranya yang lantang dan fleksibel serta kepelbagaian vokalnya. Dia ialah penyanyi kontralto tetapi dia boleh juga membawakan lagu soprano dalam nada yang tinggi. Nyanyiannya yang penuh bersemangat menjadikan persembahannya menarik dan menyebabkan dia terkenal di peringkat antarabangsa. | UMUM | |
BRATBY, JOHN RANDALL | Bratby, John Randall (19281992) ialah pelukis British yang terkenal dengan gambar yang penuh bersemangat tentang pemandangan tempatan. | UMUM | |
ABU AL-ALIYAH RUFAY | Abu al-Aliyah Rufay (? 93 H./? 711 M.), imam yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al- Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW, usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun mempelajari Islam. Dia sering mendengar pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Masud, Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn Kab. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah belajar qiraat dengannya. Antara mereka ialah Suayb ibn al-Habhab, dan Abu Amru ibn al-Aka. Dia mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal dengan sifatnya yang zuhud, warak dan mengelakkan diri daripada fitnah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| semangat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani, Berantonim dengan jasad
2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,
3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,
4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,
| Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati, |
|
|