Kata |
Takrif |
Sumber |
firasat | 1 keadaan tubuh atau tanda-tanda pd muka, badan dll yg dianggap ada hubungannya dgn kelakuan seseorang: ilmu ~ pengetahuan ttg tanda-tanda pd muka (badan dll) yg akan menunjukkan atau menggambarkan kelakuan orang itu. 2 sesuatu yg dirasakan atau diketahui sebelum terjadi sesuatu peristiwa. berfirasat 1 berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda(-tanda) yg ada. 2 meramalkan atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda(-tanda) yg ada: Beliau ~ bahawa mereka akan mendapat keuntungan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
firasat | 1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; 2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan; 3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat menggambarkan kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi hati; berfirasat 1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya; 2. meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: kawan pasangannya harus pandai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
firasat | 1. keadaan tubuh atau tanda-tanda pd muka, badan dll yg dianggap ada hubungannya dgn kelakuan seseorang: ilmu ~ pengetahuan ttg tanda-tanda pd muka (badan dll) yg akan menunjukkan atau menggambarkan kelakuan orang itu. 2. sesuatu yg dirasakan atau diketahui sebelum terjadi sesuatu peristiwa. | Kamus Pelajar |
ilmu firasat | pengetahuan ttg tanda-tanda pd muka (badan dll) yg akan menunjukkan atau menggambarkan kelakuan orang itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ilmu firasat | pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
purbarasa | ark firasat, prarasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prarasa | ark 1. firasat; 2. suka (akan), memilih (pd). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senandika | (Sas) percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dlm drama atau bentuk karya sastera lain, yg ditujukan kpd dirinya sendiri atau pendengar (penonton) utk mengungkap-kan perasaan, konflik batin, firasat dsb yg dihadapinya atau utk memberikan sesuatu maklumat kpd pendengar (penonton) itu; bersenandika mengungkapkan senandika. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendatang | 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datang | 1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lambaikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan mencuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan; ~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd perempuan); ~ hati sampai hati, tergamak; ~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting; datang-datang 1. setibanya, baru atau sebaik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang; berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut janjinya; berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat; mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); datang-mendatangi saling berkunjung, ziarah-menziarahi, lawat-melawati; kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minangkabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); pendatangan perihal (perbuatan dsb) mendatangi atau mendatangkan; pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
foreboding | n 1. premonition, firasat (yg buruk): his mother had a terrible ~ that he would die at sea, ibunya mempunyai firasat yg menakutkan bahawa dia akan mati di laut; 2. fear of st in future, rasa takut (ttg masa depan): the police inspector spoke in a tone of voice which filled me with ~, inspektor polis itu bercakap dgn nada suara yg membuat saya berasa takut; a ~ of death, rasa takut bahawa seseorang akan mati. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
anticipation | n 1. expectation (esp pleasurable) penuh harapan: we look forward with ~ to his new book, kami menanti-nanti buku barunya dgn penuh harapan; a look of ~, pandangan yg penuh harapan; 2. intuition, premonition, gerak hati, firasat; 3. the use of funds before it is due, penggunaan [n] sebelum /memperolehnya, mendapatnya/: the ~ of income, penggunaan pendapatan sebelum memperolehnya; 4. act of foreseeing and satisfying beforehand, /menduga, menjangka/ dan memenuhi: the ~ of sos wishes, menduga dan memenuhi kehendak sso; 5. prior action that thwarts etc the action of another, tindakan awal: the governments ~ of the disturbances, saved many lives, tindakan awal kerajaan thdp kekacauan itu telah dapat menyelamatkan beberapa banyak nyawa; 6. (mus) dahuluan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
horror story | cerita seram | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis neraka. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
nyahew | firasat | TETAW | |
Kamus Thai 2.indb ่ งตั้ งเป็นผู ้ อำนวยการเขาไม ่ มี เวลาสังสรรค ์ กับพวกเราเลย Sejak dia dilantik menjadi pengarah, dia tidak ada masa untuk beramah mesra dengan kita. สังหรณ ์ [sah:n] ก mendapat firasat: ภรรยาตำรวจคนนั้ นสังหรณ ์ ว ่ าจะมีเหตุร ้ ายเกิด ขึ้ นกับสามีของเขา Isteri polis itu menda- สั่ ง สังหรณ ์ Kamus Thai 2.indb 370 4/15/2008 11:12:46 AM ส 371 pat firasat bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku kepada suaminya. สังหาร [saha:n] ดู ฆ ่ า สังหาริมทรัพย ์ [saha:rimmasap] น harta alih: รัฐสภากำลังพิจารณากฎหมาย เกี่ ยวกับสังหาริมทรัพย ์ Parlimen sedang membahaskan undang
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
firasat | [fi.ra.sat] | فراسة |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata firasat |
|
|