Kata |
Takrif |
Sumber |
idaman | apa-apa yg diidamkan; kemahuan; keinginan: Mati syahid menjadi ~ Nikman dan pasukan tenteranya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
idaman | hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
idaman | apa-apa yg diidamkan; kemahuan; keinginan: Mati syahid menjadi ~ Nikman dan pasukan tenteranya. | Kamus Pelajar |
idam-idaman | hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
idam I | keinginan hendak makan sesuatu (terutama benda yg masam-masam) oleh perempuan yg hamil; mengidam 1. ingin benar hendak makan sesuatu (bkn perempuan yg hamil): tuan puteri itu sedang ~; 2. sangat ingin akan atau berkehendakkan sesuatu: dia sudah lama ~ utk tinggal di rumah banglo; mengidamkan, mengidam-idamkan 1. sangat ingin makan sesuatu: isterinya ~ buah mempelam; 2. sangat-sangat berharap mendapat sesuatu: ibunya ~ seorang menantu yg berjawatan tinggi; idaman, idam-idaman hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kempunan | 1. ingin benar (akan), selalu ingat (akan): ia ~ hendak mengetahui rahsia itu; 2. berasa kecewa (hampa) kerana tidak tercapai sesuatu keinginan atau idaman: dicari-kannya juga buah yg dipesan oleh ayahnya itu kerana takutkan ayahnya ~ nanti; 3. dlm kesukaran (kebimbangan), dlm keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dll): lepas dr ~; menanggung ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
idam | keinginan hendak makan sesuatu (terutamanya ttg perempuan yg sedang mengandung). mengidam ingin hendak makan sesuatu: Isterinya ~. mengidamkan, mengidam-idamkan 1 sangat ingin hendak makan sesuatu: Puteri itu ~ buah mempelam. 2 sangat-sangat berharap akan mendapat sesuatu: Setiap rakyat ~ keamanan dan kemakmuran negaranya. idaman apa-apa yg diidamkan; kemahuan; keinginan: Mati syahid menjadi ~ Nikman dan pasukan tenteranya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
idam | keinginan hendak makan sesuatu (terutamanya ttg perempuan yg sedang mengandung). mengidam ingin hendak makan sesuatu: Isterinya ~. mengidamkan, mengidam-idamkan 1. sangat ingin hendak makan sesuatu: Puteri itu ~ buah mempelam. 2. sangat-sangat berharap akan mendapat sesuatu: Setiap rakyat ~ keamanan dan kemakmuran negaranya. idaman apa-apa yg diidamkan; kemahuan; keinginan: Mati syahid menjadi ~ Nikman dan pasukan tenteranya. | Kamus Pelajar |
menggali | 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gali I | ; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali; penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dream | adj diimpikan, idaman: a ~ holiday in Tanjung Aru, percutian yg diimpikan di Tanjung Aru; a ~ kitchen, dapur idaman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eligible | ~ bachelor, calon suami idaman. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ideal | n 1. st regarded as perfect, /sst, sso/ yg ideal; (st or so. one desires), /sst, sso/ idaman, impian: absolute truth is an ~, kebenaran yg mutlak ialah sst yg ideal; he considered himself the ~ of an English gentleman, dia menganggap dirinya lelaki Inggeris yg ideal; she hasnt met her ~ yet, dia belum bertemu lelaki idamannya lagi; 2. (often in pl) principle, prinsip, cita-cita: the ~s of truth and justice, prinsip kebenaran dan keadilan; a /man, woman/ of high ~s, /lelaki, wanita/ yg bercita-cita tinggi; 3. goal, desire, impian, cita-cita, idaman: his ~ is to become a famous musician, cita-citanya adalah utk menjadi ahli muzik yg terkenal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
desirable | adj 1. advisable, expedient, elok: a common language for all is ~, elok mempunyai satu bahasa utk semua; his presence today is ~ but not essential, elok dia hadir pd hari ini sungguhpun tdk perlu; it is ~ that you should pay in cash, elok sekiranya tuan bayar tunai; 2. sought after, wished for, menjadi idaman: this ~ residence is for sale, kediaman yg menjadi idaman ini adalah utk dijual; one of the citys ~ suburbs, salah satu kawasan pinggir kota yg menjadi idaman; 3. exciting desire, menggiurkan, menghairahkan, memberahikan: a beautiful and ~ woman, wanita yg cantik dan menggiurkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
desire | n 1. longing, earnest wish, keinginan, hasrat: the ~ for success, keinginan utk berjaya; his ~ to make them understand the situation, keinginannya utk membuat mereka faham akan keadaan itu; 2. appetite, nafsu, keinginan; (sexual) nafsu berahi: to have no ~ for food, tdk ada nafsu makan; to be consumed with ~, penuh nafsu berahi; ~s of the flesh, nafsu berahi; 3. st longed for, idaman, keinginan, hasrat: a new home is the ~ of most newly-weds, sebuah rumah baru menjadi idaman kebanyakan pasangan yg baru berumah tangga; os hearts ~, idaman hati sso; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ideal | adj 1. conceived as perfect, unggul, ideal: in an ~ society, poverty would not exist, dlm masyarakat yg ideal, kemiskinan tdk akan wujud; 2. excellent, paling /baik, sesuai/: the ~ spot for a picnic, tempat yg paling sesuai utk berkelah; ~ weather for a holiday, cuaca yg paling baik utk bercuti; 3. highly desirable, (menjadi) /impian, idaman/: the ~ husband, suami idaman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dream | vi 1. have visions in sleep, bermimpi: I rarely ~, saya jarang bermimpi; 2. imagine, bermimpi: I didnt see anything, you must be ~ing, saya tdk nampak apa pun, kamu bermimpi agaknya; 3. have aspirations or ideals, mempunyai /impian, idaman/: he ~s of becoming a successful doctor, dia mempunyai impian utk menjadi seorang doktor yg berjaya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dream | n 1. sequence of images experienced during sleep, mimpi: to wake up from a bad ~, terjaga dr mimpi yg menakutkan; sweet ~s!, mimpi manis!; 2. daydream, khayalan, lamunan; ~ world, alam /khayalan, impian/; 3. state of mind in which one is abstracted, khayalan: he has been going about in a ~ since he fell in love, dia hidup dlm khayalan sejak dia jatuh cinta; 4. (ideal) idaman, impian; (aspiration) impian: the man of her ~s, lelaki idamannya; his ~ was to become a millionaire, impiannya adalah utk menjadi seorang jutawan; the car of your ~s, kereta impianmu; 5. (colloq) so. or st which is very beautiful, enjoyable, wonderful, etc, [various translations]: she was a ~ in white lace, dia spt bidadari dgn pakaian baju renda serba putih; the house was really a ~, rumah itu betul-betul spt mahligai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
expectation | n 1. a. strong belief, that st will happen, jangkaan, menjangka: she has no ~ of getting the job, dia memang tdk menjangka akan mendapat kerja itu; in ~ of, krn menjangka: I brought in the washing in ~ of rain, saya membawa masuk pakaian yg tersidai di ampaian krn menjangka hujan akan turun; b. hope that st will happen or one will get st, harapan: I have abandoned all ~ that the company will break even this year, saya tdk lagi menaruh sebarang harapan syarikat itu akan pulang modal pd tahun ini; 2. (usu in pl) st expected, harapan: she had high ~s for his future, dia mempunyai harapan yg tinggi thdp masa depan anaknya; naive young women with ~s of meeting Mr. Right, gadis-gadis naif yg menaruh harapan akan berjumpa dgn lelaki idaman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
utopian | utopia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu keadaan yang mustahil untuk dicapai terutamanya mengenai suatu bentuk masyarakat yang ideal. Keadaan ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Walau bagaimanapun masyarakat yang ideal ini sukar dibentuk dalam realiti. Ciri-ciri utama masyarakat ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan secara bersama. Pemikiran sosialisme utopia ini dibentuk berasaskan idea ini. Seorang pendukung idea ini ialah Thomas Moore. |
utopianism | utopianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mendukung pembinaan suatu masyarakat yang ideal tetapi mustahil untuk dicapai dalam kehidupan realiti. Fahaman ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Ciri-ciri utama masyarakat dalam fahaman ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak yang saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan bersama. Pemikiran sosialisme utopia dibentuk berasaskan idea ini. Thomas Moore merupakan salah seorang pengamal idea ini. Sinonim faham utopia. |
hackneyed | klise | Kesusasteraan | Puisi | Pengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. . |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
idam | idaman idaman. | kedayan | |
jejaka | ~ idaman bujang idaman. | kedayan | |
nyawa II | idam, idaman: a mahou ~siyen gadis idamannya; wakkan ~siyen makanan idamannya. | Melanau Mukah | |
kepunan | kempunan; 1 ingin benar akan, selalu ingat akan: ~ un yau kau bak keman wak itou kempunan sahaja kamu hendak makan benda ini; 2 berasa kecewa, hampa krn tidak tercapai sst keinginan atau idaman: mengeang siyen ~ maka siyen pinyeang buak wak kaeang sawasiy | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
unduk ngadau MSb | Ratu cantik sempena Pesta Keamaatan. | Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya. | Jejaka Idaman | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
idaman | [i.da.man] | ايدامن |
idam-idaman | [i.dam.i.da.man] | ايدام - ايدامن |
|
Puisi |
---|
|
Taman lipur di Pulau Tioman, Rumput kering lepas ditajak; Terpisah sudah dara idaman, Runtuhlah tiang tempat berpijak.
Lihat selanjutnya... |
|