| Kata |
Takrif |
Sumber |
| sentimen /séntimén/ | perasaan hati yg berlebih-lebihan terhadap sesuatu sehingga berlawanan dgn akal fikiran: Perkara ini hendaklah dibincangkan secara objektif, tidak dgn ~. | Kamus Pelajar |
| sentimen | /séntimen/ perasaan hati yg berlebih-lebihan terhadap sesuatu sehingga berlawanan dgn akal fikiran: Perkara ini hendaklah dibincangkan secara objektif, tidak dgn ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sentimen | (séntimen) 1. perasaan yg berlebih-lebihan dan menurutkan kata hati terhadap sesuatu; 2. emosi atau perasaan yg lembut dan halus yg mudah mengusik jiwa; 3. pandangan atau pendapat tentang sesuatu: kau yg mengapi-apikan ~ perkauman; kau terlalu lekas tersinggung, terlalu lekas mengeluarkan perasaan ~mu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perasaan perkauman | sentimen yg berdasarkan kaum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sentimental | (séntiméntal) 1. berkaitan dgn atau dicirikan oleh sentimen; 2. bersifat lembut, romantis, atau mudah terusik perasaan: lagu ~; gadis ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| emosi | (émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis; beremosi mempunyai emosi: peluang komu-nikasi spt itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kesedaran | perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini dilakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mempunyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membenamkan | 1. menenggelamkan, memasukkan ke dlm air dll: suatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dlm perut bumi; 2. menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan: kerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka; 3. ki memasukkan ke dlm jel; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perasaan | 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus menangkap mangsanya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kelicinan | 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| Kata |
Takrif |
Sumber |
| sentiment | n 1. tender feeling, emotion, sentimen: he tried to keep his judgement free of ~, dia mencuba memastikan pertimbangannya bebas drpd sentimen; a poet who expresses his ~s in sonnets, penyajak yg mengungkapkan sentimennya dlm soneta; the ~ of love, sentimen kasih; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| sentiment | 2. attitude, thought caused by such emotion, sentimen: anti-communist ~s were raging at that time, sentimen antikomunis bergelora pd masa itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| sugary | 2. (fig.), (derog) manis: a ~ smile that I knew was insincere, senyum manis yg saya tahu tdk ikhlas; the letter was full of ~ sentiments, surat itu penuh dgn sentimen manis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| noble | adj 1. honourable, unselfish, mulia; (of person) berhati mulia: his ~ deeds will be remembered forever, jasa-jasa mulia tuan akan dikenang selama-lamanya; ~ sentiments, sentimen yg mulia; a ~ leader, pemimpin yg berhati mulia; 2. magnificent, mengagumkan: a ~ mansion, rumah agam yg mengagumkan; 3. of, belonging to the nobility, bangsawan: he is of ~ birth, dia berketurunan bangsawan; the ~ families of England, keluarga bangsawan England; 4. (chem) adi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| echo | vt 1. repeat sounds, reverberate, menggemakan, menggaungkan, bergema, bergaung: the cave ~ed the sound of their voices, suara mereka bergema di gua itu; 2. imitate (opinion, idea, etc) meniru, membeo: he ~ed his leaders sentiments, dia membeo sentimen pemimpin-pemimpinnya; to ~ sos words, meniru kata-kata sso. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
| sentiment | sentimen | sentimen | sentimen | Kesusasteraan |
| sentiment | sentimen | Tiada | sentimen | Sosiologi |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
| sentimental novel | novel sentimen | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang menggambarkan watak-watak yang memberikan tindakan begitu emosional terhadap peristiwa, aksi dan sentimen. |
| sentiment | sentimen | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu. |
| sentiment | sentimen | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| sentiment | sentimen | Sosiologi | Tiada | Tiada |
| sentiment | sentimen | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
| sentiment | sentimen | Sejarah | Tiada | Tiada |
| sentiment | sentimen | Psikologi | Tiada | Tiada |
| community sentiment | sentimen komuniti | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| self-sentiment | sentimen sendiri | Psikologi | Tiada | Tiada |
| sentiment analysis | analisis sentimen | STEM | Tiada | Proses berteraskan model matematik dan algoritma dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan teknik pembelajaran mesin untuk mengenal pasti, mengekstrak dan mengklasifikasi maklumat subjektif dalam data teks, seperti pendapat, emosi dan sikap pengguna. |
| Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
| sentimen | perangai [praay] | Melanau Dalat | |
| Kata |
Sebutan |
Jawi |
| sentimen | [sén.ti.men] | سينتيمن |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
| group sentiment | sentimen kumpulan | NIAGA |
| consumer sentiment measure | ukuran sentimen pengguna | NIAGA |
|
|