Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TINGKAH LAKU | Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan [ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain. Rencana ini membayangkan penggunaan yang lebih umum dan memberi tumpuan kepada tingkah laku manusia. | UMUM | |
THORNDIKE, EDWARD LEE | Thorndike, Edward Lee (18741949) ialah ahli psikologi pendidikan Amerika yang memberikan sumbangan yang besar dalam kajian pembelajaran, pengajaran dan ujian mental. Thorndike mencipta kotak teka-teki untuk menyiasat bagaimana haiwan seperti anjing dan kucing menyelesaikan masalah. Daripada kajiannya, dia mendapati bahawa haiwan tersebut biasanya akan mengulangi pergerakan yang berjaya sahaja. Cara ini membolehkan haiwan berkenaan mencapai penyelesaian akhir dengan cepat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sahaja (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,
2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa, Berantonim dengan jarang-jarang
3. Bersinonim dengan juga: jua
4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,
5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,
| Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan, |
|
|