Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SANTAU | SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati. Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu. Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau. Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau. Dasar santau adalah sebenarnya racun. Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan. Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan. | BUDAYA | Konsep |
DISPEPSIA | Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara longgar untuk merujuk kepada gangguan penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati, sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu, dan memuntahkan makanan atau cecair berasa masam. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
Puisi |
---|
|
Naik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga.
Lihat selanjutnya... |
|