Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SONGKOK | SONGKOK, pakaian kepala untuk orang lelaki. Kebanyakan songkok diperbuat daripada kain baldu pelbagai warna dan kadang-kadang berkilat. Songkok berbentuk bujur dan terdapat dalam pelbagai saiz. | BUDAYA | Pakaian |
BALDU DEWANGGA | BALDU DEWANGGA, sejenis kain yang berasal dari India, Arab, Parsi dan China. Kain dewangga bererti kain yang indah untuk menutupi anggota badan dipakai oleh golongan bangsawan. Istilah dewangga umumnya merujuk kepada sejenis kain yang bercorak indah (biru atau kuning di atas kain natar merah). Dengan penggunaan bahan tertentu disebut lengkap sebagai sutera dewangga atau baldu dewangga. Kain ini juga dikenal sebagai ainulbanat atau kamkha. Misalnya pada abad ke-14, China pernah mengirim bingkisan ke Melaka iaitu sutera benang emas kamkha dewangga, yang bererti kain daripada benang sutera yang dihias dengan sulaman benang. | BUDAYA | Konsep |
TEKAT | TEKAT, proses menyulam benang emas ke atas kain dasar daripada jenis baldu. Seni tekat sudah lama diusahakan oleh masyarakat Melayu. Di Perak, tekat dikenal juga sebagai tekat bersuji atau hiasan suji timbul. Ragam hiasnya kelihatan timbul daripada permukaan kain dasar kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
|
Tesaurus |
---|
| kain (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan kain cita, kain sutera, kain songket, kain tenun, kain belacu, kain cindai,
kain baldu, kain georget, kain organza, kain renda, kain sifon, kain tartan, kain keju,
kain sakhlat, kain voil, kain dungare, kain felt, kain krep, kain kapas,
kain muslin, kain kasa, kain terpal, kain rambuti, kain net, kain mota, kain mata punai,
kain satin,
2. Dalam konteks kegunaan bersinonim dengan kain sarung, kain pelikat, kain samping, kain serban, dagang luar, kain basahan,
kain mandi, kain batik kain sembahyang, kain selimut, kain gebar, kain tudung, kain cadar,
kain alas, kain buruk, kain kesat, kain dondangan, kain langsir, kain layar, kain rahap,
kain kemban, kain lampin, kain popok, kain cawat.,
|
|
Puisi |
---|
|
Kain baldu dari Makasar, Halusnya tiada dapat ditenun; Laut madu sungai bersakar, Dahaganya tiada dapat diminum.
Lihat selanjutnya... |
|