SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMasak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah padi terlalu masak, Buah dia lalu ke pucuk; Hati kami sudahlah rosak, Siapa dia dapat memujuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa gunanya kuning langsat, Walaupun putih terlalu pucat; Sekali dijeling terloncat-loncat, Tak usah macam si ikan sepat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJurumudi turun ke perahu, Tiba kuala pecahnya sampan; Terlalu sedap rasanya bau, Tujuh hari adinda tak makan. |
|
Tesaurus |
---|
| lalu | 1. Bersinonim dengan berjalan ( melintas, melewati, ) (kata kerja:)
2. Bersinonim dengan berdaya ( larat, bertenaga, bermaya, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan kemudian ( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan lewat ( menjangkaui, melampaui, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan, |
|
Puisi |
---|
|
Masak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 415 Don't make a mountain out of a molehill Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius). Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. ''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said. ''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|