SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak lutung di pokok jelutung, Anak mawas di pokok ara; Ramai-ramai kita berpantun, Kerana memuja teruna dan dara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRamai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRamai Cina kerja lombong, Bukit Letung kerja kaci; Abang sungguh tidak sombong, Adik berjalan selalu memuji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRamai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua puluh ramai soldadu, Soldadu balik dari berperang; Abang tidak mati dahulu, Kalau mati bertindih tulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi sana ramai anak baiduri, Duduk bermain di tepi kolam; Sama-sama berjaga diri, Kita bertunang selama enam bulan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi tepi sungai ramai pemuda, Menangguk ikan di air keruh; Apa salah berbini janda, Anak tiri boleh disuruh. |
|
Tesaurus |
---|
| ramai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar,
laguh-lagah, becang-becok, Berantonim dengan sunyi
2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira, Berantonim dengan sugul
3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau, Berantonim dengan lembap
4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,
5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun,
berasak-asak, berhimpit-himpit, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian, |
|
Puisi |
---|
|
Anak lutung di pokok jelutung, Anak mawas di pokok ara; Ramai-ramai kita berpantun, Kerana memuja teruna dan dara.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 237 Old habits die hard Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah. Hendak meluruskan anjing People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard. Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : hendak meluruskan anjing. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|