SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKetuk gendang tiup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata burung punai, Ara masak ditunggu helang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam putih manuk siapa, Gadis Melaka atas bumbungan; Tubuhlah putih anak siapa; Manislah mata si peruntungan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung putih terbang malam, Hinggap balai raja; Kain putih atas tilam, Buat pengesat air mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih kuning setangkai genap, Mari makan bulan puasa; Putih kuning suara sedap, Taruh mari mainan mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih kuning jauh panjak, Tempat gantung barang kaca; Putih kuning sedang berkacak, Situ abang bercermin mata. |
|
Tesaurus |
---|
| putih (adjektif) | 1. Dalam konteks warna bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak, Berantonim dengan hitam
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria, Berantonim dengan tercemar
| Kata Terbitan : memutihkan, keputihan, |
|
Puisi |
---|
|
Pukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang.
Lihat selanjutnya... |
|