SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApalah kena pauh buritan, Ambil talam taruhlah pauh; Apalah kena burunglah di hutan, Lepas di tangan terbanglah jauh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApalah kena gigiku ngilu, Bawa berulam buah pelada; Apakah kena hatiku pilu? Bawa memandang wajah kakanda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak perawan manis dan cantik, Kena pula merah bibirnya; Matilah kuman kena belantik, Sekalian alam limpah darahnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam mari tengah hari, Mana didapati ada tak kena; Saya menyusun sepuluh jari, Jangan diumpat mana tak kena. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa kena baju kebaya, Tapihlah batik buatlah lena; Apa guna macam saya, Rupa ada pandailah tiada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat. |
|
Tesaurus |
---|
| kena (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,
2. Dalam konteks sasaran bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,
3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang
4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,
5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,
6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,
7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,
| Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena, |
|
Puisi |
---|
|
Ada satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung.
Lihat selanjutnya... |
|