SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiWak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMari dikait sarang tempua, Anak tiung pandai meniti; Hamba duduk gelak ketawa, Untuk mencari penghibur hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok jelatang daun berduri, Kalau disentuh rasanya bisa; Hamba berjalan berhari-hari, Orang dicari tidak berjumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Dayang menggulung benang, Budak-budak bermain guli; Hamba seorang duduk mengenang, Orang dikenang bukan peduli. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga. |
|
Tesaurus |
---|
| hamba (kata nama) | 1. Dalam konteks ganti nama diri bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,
2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti, Berantonim dengan tuan
| Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan, |
|
Puisi |
---|
|
Petang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik.
Lihat selanjutnya... |
|