| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Bintang tidak terbit pagi, Diselaput oleh awan putih; Puan sudi sampai ke mari, Saya memberi terima kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Sebab bulan terbit pagi, Bunga pandan dalam cerana; Sebab intan datang ke mari, Nampak berlain dalam bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sayangnya bulan tiada terbit, Hingga pagi terasa kelam; Sayangnya tuan suka menggigit, Bila beristeri kan lari malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Fajar subuh sudahlah terbit, Tanda hari menjelang siang; Terbakar tubuh dadaku sakit, Adinda kini dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Hisap rokok dalam kelambu, Terbit asap menjadi abu; Saya umpama golok kayu, Tetak tak lut gadai pun tak laku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Rusa ini rusa berdua, Terbit makan rumput manisan; Tiada jodoh kita berdua, Boleh anak kita berbesan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hisap rokok tembakau Cina, Terbit asap berbunga-bunga; Wahai adik abang nak tanya, Apakah penyakit tidur tak lena? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Lembu lari berganti-ganti, Matahari terbit di Tanah Jawa; Kalau abang bersungguh hati, Mati hidup kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalaulah bukan kerana bulan, Masakan bintang terbit pagi; Kalau bukan kerana tuan, Manalah saya jadi begini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tiada kerana bulan, Tiada bintang terbit pagi; Kalau tidak kerana tuan, Tidak saya jadi begini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | terbit (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,
2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,
3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,
4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,
5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,
| | Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit, |
|
| Puisi |
|---|
|
Sebab bulan terbit pagi, Bunga pandan dalam cerana; Sebab intan datang ke mari, Nampak berlain dalam bunga.
Lihat selanjutnya... |
|