Pantun |
Sumber |
Tema |
Anak raja memburu rusa, Tahan serinding dengan belantik; Adik tak hendak terima saya, Kerana saya orang tak cantik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ikan kepala dua, Hanyut mayang dari hulu; Tidak tahan rasanya jiwa, Siang malam menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak rusa di tepi paya, Makan pagi mengulam rumput; Tidak orang semacam saya, Tahan hati mengulam perut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukit Embung Hulu Kuantan, Tempat buluh perindu; Minta racun saya nak makan, Saya tak tahan menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asap berkepul di Tanjung Batu, Orang berkebun di Kampung Baharu; Jangan adik pergi dahulu, Hati tak tahan menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| tahan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,
2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,
3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,
| Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan, |
|
Puisi |
---|
|
Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati.
Lihat selanjutnya... |
|