Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang mudik pasti ke hulu, Yang hilir pasti ke muara; Orang cerdik menjadi guru, Orang pandir jadi muridnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila lancang sudah bocor, Pasti berbahaya ke laut lepas; Apabila abang berkata jujur, Pasti menjawab ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Awas-awas memasang taji, Salah pasang pasti kendur; Awas-awas berhutang budi, Salah hutang pasti hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila lidah sudah tergigit, Pasti mulut menjadi bisu; Bila cinta jadi penyakit, Pastiku ikut sejak dahulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila sampah sudah belayar, Ombak datang pasti ditempuh; Apabila iman sudah mengakar, Cubaan datang hatinya teguh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka memanjat tiang, Lama-lama pasti tercampak; Siapa saja kuat berhutang, Lama-lama mati mendadak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Perahu Champa memuat tepung, Tiap senja pasti berhenti; Malu bekerja perut kosong, Gelap mata menjadi pencuri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yakin ada percaya tidak, Kerana khabar belum pasti; Berkain ada kebaya tidak, Dada berdebar menahan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jalan Haji Taha, Jual buah sekaya; Ada daya usaha, Pasti akan berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Beratlah besi daripada kayu, Siapa berbeban berasa letih; Niatku pasti akan menunggu, Walaupun tuan sudah beralih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| pasti (adjektif) | Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata,
terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;, | | Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian, |
|
|