Pantun |
Sumber |
Tema |
Nasi kunyit tinggi berdiri, Mari makan di atas meja; Dari jauh hamba ke mari, Untuk berjumpa sahabat semata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Makan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Makan asam tidak bergaram, Garam ada di atas meja; Melihat tuan kenangkan kawan, Kawanlah ada jauh di mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak makan pinang tiada, Pinang ada di atas meja; Ke sana tiada di sini tiada, Baru kutahu hatiku hampa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| makan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan santap: menjamah, merasa, meratah membaham, mencaruk, melahap, membedal, menyental, membalun,
membantai, menggasak, menalak, mengisi perut, menyekang perut, menangsel perut, mencengam, mencekik,
muntah kedarah mengunyah, memamah, menggigit-gigit, mengunggis, mengerit, mengerip, mengerkah,
mematuk, mencatuk meragut, menelan, melulur menghirup, menjilat, bahau, mendahar, menyunkah,
mengganyang, menggerogot, meranggah,
2. Bersinonim dengan tembus: telap, lut, mempan, kena, ayap, masuk,
3. Dalam konteks brek bersinonim dengan mencengkam, berfungsi, berkesan, memakan,
4. Dalam konteks nasihat bersinonim dengan menerima, mengikut, menurut, mendengar, mematuhi, mentaati,
| Kata Terbitan : memakan, makanan, |
|
Puisi |
---|
|
Makan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja.
Lihat selanjutnya... |
|