Pantun |
Sumber |
Tema |
Makanan cukup senanglah hati, Di sana tempat orang berhelat; Pedoman hidup hinggalah mati, Dunia akhirat orang selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pucuk manis makanan sotong, Sotong mandi di padang seberang; Saya menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di kampung orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Cekur manis makanan sotong, Sotong mati di Tanjung Karang; Hamba menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di negeri orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cekak manis makanan sotong, Sotong nak mati ditimpa ruang; Tarik nafas tergantung-gantung, Terkenang diri dikeji orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Nasi sejuk makanan semut, Bunga teratai di dalam paya; Adik sejuk tarik selimut, Sarung bantal bawah kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh beruntung membeli kukus, Makanan dikukus rasanya lazat; Sungguh beruntung berlaki kurus, Badannya kurus mudah diangkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Jerat dipasang mencari makan, Makanan cukup senanglah hati; Adat dibilang jadi pedoman, Pedoman hidup hinggalah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| makan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan santap: menjamah, merasa, meratah membaham, mencaruk, melahap, membedal, menyental, membalun,
membantai, menggasak, menalak, mengisi perut, menyekang perut, menangsel perut, mencengam, mencekik,
muntah kedarah mengunyah, memamah, menggigit-gigit, mengunggis, mengerit, mengerip, mengerkah,
mematuk, mencatuk meragut, menelan, melulur menghirup, menjilat, bahau, mendahar, menyunkah,
mengganyang, menggerogot, meranggah,
2. Bersinonim dengan tembus: telap, lut, mempan, kena, ayap, masuk,
3. Dalam konteks brek bersinonim dengan mencengkam, berfungsi, berkesan, memakan,
4. Dalam konteks nasihat bersinonim dengan menerima, mengikut, menurut, mendengar, mematuhi, mentaati,
| Kata Terbitan : memakan, makanan, |
|
Puisi |
---|
|
Cekur manis makanan sotong, Sotong mati di Tanjung Karang; Hamba menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di negeri orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 249 Something is better than nothing Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung. Asal ada kecil pun pada We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but something is better than nothing. Yesterday, we didn't have any food at all. Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|