Pantun |
Sumber |
Tema |
Minyak licin sebelah pangkin, Jikalau mandi dicuci jangan; Kalau mahu hidup miskin, Jikalau jadi menyesal jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Menangguk di batu licin, Dapat udang selima-lima; Menengok sanggul licin, Nak balik ke janda lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tahu sudah titian licin, Adik jua jalan dahulu; Tahu sudah kita miskin, Gilanya adinda mulai dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah tahu jambatan licin, Apa guna main kuda; Sudah tahu saya miskin, Apa guna bermain muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daripada cincin eloklah rantai, Rantai dibuat penghias diri; Daripada licin elok bermisai, Misainya dapat penapis kopi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Daripada tajin eloklah tapai, Tapai diminum lain rasanya; Daripada licin elok bermisai, Misai mencium lain perisanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kokah gila bermain, Dekat gelap barulah pulang; Awak sudah kepala licin, Lalat hinggap jatuh terlentang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang Dayang memakai cincin, Singgah sebentar di Beras Basah; Alang-alang berkahwin biarlah licin, Alang-alang mandi biarlah basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
|
Tesaurus |
---|
| licin | 1. Dalam konteks permukaan bersinonim dengan tidak kesat, lincir, tidak kasap, (adjektif:) Berantonim dengan kesat
2. Dalam konteks kulit bersinonim dengan halus, tidak menggerutu, tidak berkedut, rata, sekata, lelas, peras, (adjektif:)
3. Bersinonim dengan botak ( gondol, loncos, lokos, ) (adjektif:)
4. Rujuk licau 2
5. Bersinonim dengan licik ( pintar, cekap, ) (adjektif:)
6. Bersinonim dengan lancar ( tidak tergendala, baik, elok, mudah, senang, ) (adverba:)
| Kata Terbitan : melicinkan, kelicinan, pelicin, |
|
Puisi |
---|
|
Orang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata.
Lihat selanjutnya... |
|