Kata |
Takrif |
Sumber |
licin licau | licin sekali; 2. ki habis langsung (harta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
licau | 1. licin lagi berkilat (rambut disapu minyak dsb); licin ~ licin sekali; 2. ki habis langsung (harta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandus | 1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll); menanduskan menyebabkan tandus; ketandusan 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: Dilema Melayu ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diperalatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
licin | 1 sama rata atau tidak menggerutu permukaannya: Mukanya ~ spt telur dikupas. 2 dpt menggelincirkan (kerana berlendir atau berminyak): Dia terjatuh di bilik air kerana lantainya ~. 3 tidak ditumbuhi apa-apa (spt kepala yg botak). 4 habis sama sekali; tidak bersisa sedikit pun: Wangnya ~ dicuri orang. 5 pandai melepaskan diri (drpd sesuatu kesalahan); pandai memutarbelitkan perkataan orang; pandai menipu. 6 lancar (bkn perjalanan dll); tidak tergendala: Perusahaan membuat kain itu berjalan dgn ~. ~ licau sangat licin; licin sekali. melicinkan 1 menjadikan licin (dgn membubuh minyak, mengetam dll). 2 menjadikan (menyebabkan rancangan dsb) berjalan lancar; melancarkan: Berbagai-bagai langkah akan diambil utk ~ perjalanan syarikat itu. kelicinan 1 keadaan licin atau keadaan tidak menggerutu. 2 kepandaian menipu atau melepaskan diri drpd sesuatu: ~ perompak-perompak menyembunyikan diri telah menyukarkan pihak polis. 3 hal berjalan dgn lancar (ttg sesuatu jabatan, pertubuhan dsb); kelancaran. pelicinan perbuatan atau hal melicinkan. pelicin benda (minyak dll) yg digunakan utk melicinkan perjalanan jentera dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
licin I | 1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir (menyebabkan mudah tergelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak menggerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll), halus; 3. tidak ditumbuhi apaapa (kepala yg botak, betis yg tidak berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5. pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan perkataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll), tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya berjalan dgn ~; ~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~ kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~ lecat terlalu licin; ~ licau licin sekali, safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang, dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh perahu prb menderita kerugian; melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dgn mengetamnya dsb): dia menggosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan; kelicinan 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu; pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg digunakan utk melicinkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
glossy | adj 1. smooth and shiny, licau, berkilat: a ~ photograph, gambar licau; ~ hair, rambut yg berkilat; 2. superficially delightful, pleasant, indah-indah: a ~ picture of life in Hollywood, gambaran yg indah-indah ttg kehidupan di Hollywood. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kamus Sains.indb permukaan jasad buah yang terletak setentang dengan himenium. (BIO) abiocoen (abiosen) Unsur bukan biotik dalam sesuatu habitat. (BIO) A Kamus Sains.indb 1 7/8/08 11:44:02 AM 2 abiogenesis (abiogenesis) Penjanaan hidupan secara spontan. Proses ini dijangka berlaku secara ber- ansur-ansur selama beribu-ribu tahun, apabila benda bukan hidup berubah se- cara berperingkat untuk membentuk benda hidup pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin. Bahagian ini juga dikenali sebagai perut sebenar. (BIO) aboospore (aboospora) Oospora yang berkembang secara partenogenesis, iaitu tidak melalui perse- abiogenesis aboospore Kamus Sains.indb 2 7/8/08 11:44:02 AM 3 nyawaan atau pembiakan seks. (BIO) abortifacient (abortifasien/agen penggugur) Agen, ubat atau lain-lain yang menyebabkan keguguran. (UBAT) abortus fever (demam abortus
|
|
Tesaurus |
---|
| licau (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berkilat: berkilau, bersinar-sinar, bersinau-sinau, memancar-mancar, berkilap, berkaca-kaca,
mencalak, gilap-gemilap, seminau, seminar, merlip, Berantonim dengan malap
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan habis langsung, habis licin, licin-licau, licin moner, licin dalik, licin tandas, pokai, lingkap, timpas, safan-safa, monyel, melindap, tohor, lindang, Berantonim dengan berlambak-lambak.
|
|
|