Kata |
Takrif |
Sumber |
loghat I | 1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak mempunyai beberapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3. gaya mengucapkan kata-kata: Siapa nama awak? ia bertanya dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata itu terdapat dlm ~ Melayu; ~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus; berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekata | 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekata | 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekata | 1. sama bunyinya. 2. tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar |
grid | 1. Permukaan yang dirintangi silangan garis mendatar dan mengufuk yang sekata. 2. Jadual hamparan elektronik yang terdiri daripada lajur dan baris. 3. Garis paksi-X dan paksi-Y yang berjarak sekata pada carta atau graf untuk membantu pemplotan titik data. 4. Garis yang menyusur keluar dari pusat carta pai. | Kamus Komputer |
grid | (Komp) 1. permukaan yg dirintangi silangan garis mendatar dan mengufuk yg sekata; 2. jadual hamparan elektronik yg terdiri drpd lajur dan baris; 3. garis paksi-x dan paksi-y yg berjarak sekata pd carta atau graf utk membantu pemplotan titik data. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seukur | 1. sama besarnya; 2. Mn secocok, sepadan; telah ~ a) sepadan dgn; b) sama dgn; c) sepatutnya, selayaknya; d) sefaham (dgn), seia sekata; ~ berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu ber-cerai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muafakat | 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oso sekata | persetujuan penuh (sebulat suara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seia sekata | sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
irregular | adj 1. uneven, lacking symmetry, a. (in size, shape) tdk /sama, sekata/; (tech) tak sekata: the boxes are ~ in size, saiz kotak-kotak itu tdk sama; the shape of the leaf is ~, bentuk daun itu tak sekata; ~ figures, rajah tak sekata; b. (of hemline) tinggi rendah, tdk sama: the dress has an ~ hemline, paras lipatan bawah baju itu tinggi rendah; c. (of coastline) bengkang-bengkok; d. (of facial features, face) herot, tdk simetri; e. (of surface) tdk rata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irregularity | n 1. state, quality of being uneven, a. (in size, shape) tdk /sama, sekata/; (tech) ketaksekataan; b. (of hemline ), (keadaan) /tinggi rendah, tdk sama/; c. (of coastline), (keadaan) bengkang-bengkok; d. (of facial features, face), (keadaan) /herot, tdk simetri/; e. (of surface), (keadaan) tdk rata, tdk ratanya; f. (of teeth), (keadaan) tdk teratur, tdk teraturnya; 2. state, quality of being uneven in duration, continuity, order, tdk tetap: the~ of his heartbeat, degupan jantungnya yg tdk tetap; 3. state, quality of being, a. (not in accordance with the law) luar aturan; b. (not in accordance with accepted habits, norms, etc) menyimpang drpd kebiasaan; 4. st that is not in accordance with the rules, accepted habits, norms, etc, perkara yg tdk kena: there are several irregularities in the document, terdapat beberapa perkara yg tdk kena dlm dokumen itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irregular | 3. a.> (not in accordance with the law) luar aturan: the marriage was found to be ~, perkahwinan itu didapati luar aturan; b. (not in accordance with accepted habits, norms, etc) menyimpang dr kebiasaan: their behaviour was most ~, kelakuan mereka menyimpang dr kebiasaan; to lead an ~ life, menjalani kehidupan yg menyimpang dr kebiasaan; he uses ~ methods to achieve his aims, dia menggunakan kaedah yg menyimpang dr kebiasaan utk mencapai matlamatnya; 4. (gram.) tak sekata: an ~ verb, kata kerja tak sekata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
agree | vi 1. assent, bersetuju: the army ~d to withdraw from the area, pasukan tentera itu bersetuju utk berundur dr kawasan itu; to ~ to a proposal, bersetuju dgn sst cadangan; 2. hold similar opinion, bersetuju, bersependapat: she ~d with her husband that the car was too expensive for them, dia bersependapat dgn suaminya bahawa kereta itu terlalu mahal bagi mereka; be ~d, bersetuju: we are all ~d that the project is feasible, kami semua bersetuju bahawa projek itu dapat dilaksanakan; 3. reach an agreement, mencapai persetujuan, bersetuju: we could not ~ as to what measures should be taken, kami tdk dapat mencapai persetujuan ttg apakah langkah-langkah yg perlu diambil; ~ to /differ, disagree/, bersetuju utk /berbeza, tdk bersetuju, berlainan pendapat/; 4. get along, sekata, secocok: they will never ~, mereka itu tdk akan sekata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
its | poss pron -nya: a town renowned for ~ magnificent cathedral, bandar yg terkenal krn gerejanya yg sangat indah; the cat licked ~ paw, kucing itu menjilat tapak kakinya; the municipality is not making much headway with ~ plan to restore some of the old buildings in the town, majlis perbandaran itu tdk mencapai kemajuan yg pesat dlm rancangannya utk membaik pulih bangunan-bangunan lama di bandar itu; this beauty cream is light and non-greasy; ~ blend of emollients penetrates deep into the skin, krim kecantikan ini ringan dan tdk berminyak; campuran emoliennya meresap hingga ke bahagian dalam kulit; the Daihatsu Charade has maintained ~ sleek and smooth design concept, kereta Daihatsu Charade telah mengekalkan konsep reka bentuknya yg rapi dan sekata. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
center of gravity | pusat graviti | Sains Sukan | Biomekanik | Pusat tumpuan jisim dan berat yang diseimbangkan dalam semua arah. Contohnya, bagi objek yang berbentuk sekata atau simetri, pusat gravitinya terletak di tengah-tengah atau titik simetri objek tersebut. Bagi objek yang berbentuk tidak sekata, pusat graviti objek tersebut berkemungkinan boleh terletak di dalam objek atau pun di luar objek tersebut. |
snaggletooth | gigi tak sekata | Pergigian | Tiada | Gigi yang tidak teratur dan terkeluar daripada susunan kerana ditolak ke hadapan atau di belakang oleh gigi yang lain. |
uneven ripening | peranuman tak sekata | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
flat sandal | sandal leper | Fesyen | Tiada | Sejenis kasut yang bertapak rata, nipis dan sekata. |
scooter mechanism | mekanisme skuter | Fizik | Nanoteknologi | Mekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi. |
spatial instability | ketakstabilan ruang | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan yang menggambarkan taburan parameter kendalian reaktor yang tidak sekata pada kedudukan yang berlainan di dalam teras reaktor. |
ventricular fibrillation | fibrilasi ventrikel | Kejururawatan | Tiada | Rentak ventrikel yang tidak normal, iaitu rentak yang cepat dan tidak sekata. Keadaan ini mengganggu pengepaman darah ke seluruh tubuh, dan lazimnya menyebabkan kematian mengejut. |
synchronizer | penyegerak | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit yang dipasang dalam sistem penghantaran, supaya gear bergerak bersama-sama secara sekata semasa menyirat antara satu dengan lain. |
blending sponge | span pengadun | Fesyen | Tiada | Sejenis span solek yang digunakan untuk meratakan bedak asas pada kulit dengan kemasan yang sekata. |
solubilisation | pelarutan | Herba | Tiada | Proses melarutkan bahan herba sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal dalam bahan pelarut cecair sehingga menjadi sekata. Bagi suatu bahan herba yang sukar dilarutkan, kelarutannya boleh ditingkatkan melalui penambahan bahan ketiga seperti sabun atau surfaktan yang lain. Contohnya, penggunaan surfaktan polisorbat 60 untuk melarutkan lebih banyak minyak pepermin ke dalam suatu cecair akueus. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
burut | tidak seimbang, tidak sekata | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
jangul | keadaan rumput dan lain-lain yang panjang, lebat dan tidak sekata | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
simuot | dubur | bisimut | berdubur, ada dubur, mempunyai dubur | bikoring | - | seia sekata, seiring jalan | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kata | sekata saujak; | kedayan | |
sekeru | skru; ~ baliek skru gila, skru yg tidak sekata bebenangnya: ~ deriba pemutar skru; ~ deriba belebin pemutar sekeru pilip; | Melanau Mukah | |
putuih I | sj alat drpd tudung tin yg diberi berlubang utk merapikan bilah rotan yg telah diraut supaya saiznya sekata. | Melanau Mukah | |
zon | zon; 1 salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, mintakat: ~ lasuk zon panas; ~ padakji zon sederhana; ~ singuoh zon sejuk; 2 kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan tertentu, daerah, mintakat; 3 kawasan atau daerah yg berada di bawah sekata | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb meraka, meraka alan, sengawang, dan seriagawan. Gubal kayu alan batu berwarna coklat kelabu dan beransur-ansur berubah kepada warna teras kayunya, iaitu coklat kemerah-merahan. Tekstur kayu ini kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 kg/m 3 hingga 925 kg/m 3 . Kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana dan molekul. (KEJ, KIM) aneurysm Angstrom Kamus Sains.indb 65 7/8/08 11:46:00 AM 66 angular leaf spot (bintik daun bersudut) Penyakit dengan gejala bintik perang tak sekata (bersegi-segi) pada daun yang disebabkan oleh bakteria. Contohnya, penyakit pada kapas yang disebabkan Xanthomonas campestris pv. malvacearum pada tembakau yang disebabkan Pseudomonas syringae pv. tabaci dan kukurbit yang disebabkan
|
Kamus Thai 2.indb นักเคมีจากออสเตรเลียได ้ บรรยาย สูตรเคมีชีวภาพ Ahli kimia Australia telah menghuraikan formula biokimia. บรรลัย [banlai] ก binasa, celaka, mus- nah: เมื่ อมหาอำนาจขัดกัน ชาติเล็ก ๆ ก็บรรลัย Apabila kuasa-kuasa besar dunia tidak seia-sekata, maka binasalah negara- negara kecil. บรรลุ [banlu] ก mencapai: รายได ้ ของ บริษัทในปีนี้ บรรลุเป ้ าที่ ตั้ งไว ้ Pendapatan syarikat pada tahun ini telah menca- pai sasaran yang dijangkakan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sekata | [se.ka.ta] | سکات |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
campuran homogen | homogeneous mixture | Campuran sampel jirim yang mempunyai komposisi dan sifat yang sekata pada keseluruhan sampel. | Menengah Atas |
nyalaan suria | solar flare | Ledakan cahaya yang sangat cerah pada permukaan matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. | Menengah Rendah |
peleburan | melting | Proses perubahan jirim daripada pepejal kepada cecair. Tenaga haba yang dibekalkan akan diserap dan ditukarkan kepada tenaga kinetik. Apabila tenaga kinetik zarah pepejal mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah tersebut, susunan zarah dalam pepejal menjadi tidak sekata, dan akibatnya cecair akan terbentuk. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
poligon sekata | regular polygon | Poligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya adalah sama besar. Lihat Contoh | Menengah Atas |
poligon sekata | regular polygon | Poligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya sama saiz. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
heksagon sekata | regular hexagon | Poligon yang mempunyai enam sisi yang sama panjang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
poligon tak sekata | irregular polygon | Poligon yang bukan semua sisinya sama panjang. Lihat Contoh | Menengah Atas |
poligon tak sekata | irregular polygon | Poligon yang tidak semua sisinya sama panjang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
garis nombor | number line | Garis yang mempunyai penanda yang berjarak sekata. Penanda tersebut mewakili nombor yang disusun secara tertib. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sifat | property | Ciri sepunya yang terdapat pada set nombor, bentuk geometri dan penjelmaan. Contohnya, sifat pentagon sekata ialah mempunyai lima sisi dan lima sudut yang sama. | Menengah Atas |
sifat | property | Ciri yang dimiliki oleh sesuatu, seperti warna, ketinggian, berat dan seumpamanya. Contohnya, sifat sesuatu pentagon sekata ialah mempunyai 5 sisi dan 5 sudut yang sama. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| kata (kata nama) | Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz,
sebut, ujar, syarah, bahas;, | | Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata.
Lihat selanjutnya... |
|