Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
gondol II; menggondol 1. Jw membawa dgn mulut, menggonggong: anjing ~ tulang; 2. Jw ki melarikan, mencuri: ~ barang-barang kemas; 3. ki memenangi, memperoleh (piala, sijil, dll) kerana kejayaan: dia banyak ~ hadiah dlm peraduan melukis.Kamus Dewan Edisi Keempat
gondol IImenggondol 1. membawa dgn mulut; menggonggong: Anjing ~ tulang. 2. membawa lari; mencuri. 3. mendapat hadiah tanda kemenangan dlm pertandingan dll; menerima hadiah kerana kejayaan: Dia telah ~ beberapa hadiah dlm acara olahraga.Kamus Pelajar
gondol I1. tidak berambut (ttg kepala); botak. 2. tidak bertutup (bertudung) kepala. 3. tidak ditumbuhi apa-apa (ttg tanah). 4. tidak berdaun (ttg pokok). bergondol 1. berkepala yg dicukur rambutnya. 2. tidak memakai apa-apa di kepalanya. menggondol menjadi gondol. menggondolkan 1. menjadikan gondol dgn mencukur rambut di kepala. 2. ki menghabiskan harta. 3. memangkas daun-daun pd pohon.Kamus Pelajar
gondol I1. botak sama sekali (kepala), tidak berdaun (pokok): perutnya buncit, kepalanya besar ~; 2. tidak bertudung (bersongkok dll), tidak bertutup kepalanya (lelaki atau perempuan); 3. tidak ditumbuhi tanam-tanaman atau tumbuh-tumbuhan (spt padang pasir dll): tanah daratan itu hijau dan penuh dgn hutan, sangat berbeza dgn pantai pasir yg ~; menggondolkan 1. membuang rambut hingga gondol (botak); 2. ki menelanjangi, menghabiskan (harta benda dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kelawar gondolCheiromeles torquatus;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggondolmenjadi gondol.Kamus Pelajar
bulus II1. gondol, tidak berbulu, tidak berdaun (beranting); 2. tidak beranak (mandul); 3. miskin, papa.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggondolkan1. membuang rambut hingga gondol (botak); 2. ki menelanjangi, menghabiskan (harta benda dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menggondolkan1. menjadikan gondol dgn mencukur rambut di kepala. 2. ki menghabiskan harta. 3. memangkas daun-daun pd pohon.Kamus Pelajar
bulus II1. gondol sama sekali (tidak berdaun dsb). 2. tidak mempunyai anak kerana mandul. 3. tidak mempunyai apa-apa pun; papa.Kamus Pelajar
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gondol