Pantun |
Sumber |
Tema |
Sakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ada satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kena sumoah seranah, Jadi ikan bertutu; Rumah tangga musnah, Anak jadi kutu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Berkata kena-mengena, Baling-baling dalam negeri; Bertunda kasih kita ke sana, Berpaling kasih kita ke mari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa kena baju kebaya, Tapihlah batik buatlah lena; Apa guna macam saya, Rupa ada pandailah tiada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila kaki kena sembilu, Dibawa berjalan tidak menelap; Apabila hati tiada bermalu, Binasa iman rosaklah adab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Maaf saja kena ke baju, Rasa dapat mencuci kain; Maaf saja kerana malu, Rasa tak dapat duduk bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Awa-awa kena belatik, Sayang Cik Cepa mudik bergalah; Buat pura dua beradik, Barang siapa menjadikan salah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| kena (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,
2. Dalam konteks sasaran bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,
3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang
4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,
5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,
6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,
7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,
| Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena, |
|
Puisi |
---|
|
Ada satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 507 A rotten apple spoils the barrel Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel. Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|