Pantun |
Sumber |
Tema |
Bukan kain sembarang kain, Kain ini kain pelekat; Bukan main sembarang main, Main ini sampai melekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak kain perkara kain, Kain berenda lebar bertekat; Banyak main perkara main, Main muda berlanggar adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain-kain basah, Semua warna merah; Hidup tambah susah, Anak penagih dadah. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Alas meja dengan kain, Kain dibeli di Sarawak Plaza; Adik Tidur di bantal lain, Mimpi kita tidak berbeza. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Banyaklah orang membeli kain Kain pelekat tiada bersambung; Banyaklah orang menjadi pemimpin, Pemimpin rakyat tiada sombong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ingat-ingat merendam kain, Kain itu ada kapasnya, Ingat-ingat dalam bermain, Bermain itu ada batasnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Penat hamba membeli kain, Kain seberang mutunya rendah; Penat sahaja berjanji kahwin, Belum dipinang sudah berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berdedai menjaja kain, Kain pelekat beraneka warna, Abang bagaikan kelana miskin, Miskin melarat hidup merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau kita memakai kain, Kain dipakai baju kebaya; Apa guna mencari lain, Baik cari kepada saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| kain (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan kain cita, kain sutera, kain songket, kain tenun, kain belacu, kain cindai,
kain baldu, kain georget, kain organza, kain renda, kain sifon, kain tartan, kain keju,
kain sakhlat, kain voil, kain dungare, kain felt, kain krep, kain kapas,
kain muslin, kain kasa, kain terpal, kain rambuti, kain net, kain mota, kain mata punai,
kain satin,
2. Dalam konteks kegunaan bersinonim dengan kain sarung, kain pelikat, kain samping, kain serban, dagang luar, kain basahan,
kain mandi, kain batik kain sembahyang, kain selimut, kain gebar, kain tudung, kain cadar,
kain alas, kain buruk, kain kesat, kain dondangan, kain langsir, kain layar, kain rahap,
kain kemban, kain lampin, kain popok, kain cawat.,
|
|
Puisi |
---|
|
Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang.
Lihat selanjutnya... |
|