Pantun |
Sumber |
Tema |
Janganlah suka belayar senja, Senja hari banyak jembalang; Jangan cuba mengejar hamba, Hamba dah jadi milik orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Janganlah suka pergi menuba, Menuba sudah dilarang orang; Janganlah juga menanti hamba, Hamba sudah dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Janganlah suka menebang kayu, Kayu di rimba banyak manfaatnya; Janganlah hamba abang rayu, Merayu hamba banyak syaratnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Penat hamba membeli kain, Kain seberang mutunya rendah; Penat sahaja berjanji kahwin, Belum dipinang sudah berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Penat hamba mencari selasih, Selasih sudah dimakan helang; Penat sahaja menanti kekasih, Kekasih sudah dibawa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hamba tidak ke rimba lagi, Rimba lebat di seberang; Hamba tidak berubah lagi, Bulat hati adikku seorang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau pandai abang menyimpai, Simpaikan hamba kepala tiang; Kalau pandai abang mengunkai, Ungkaikan hamba di tangan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tidak mencari betik, Tentu hamba pergi bermain; Kalau tidak menanti adik, Tentu hamba mencari yang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tidak pergi berjalan, Tentulah hamba menunggu rumah; Jikalau tidak menanti tuan, Tentulah hamba sudah menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| hamba (kata nama) | 1. Dalam konteks ganti nama diri bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,
2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti, Berantonim dengan tuan
| Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan, |
|
Puisi |
---|
|
Petang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik.
Lihat selanjutnya... |
|