Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau semanggar rumpun bawang, Pagar berbuah berlapi-lapis; Kalau mendengar cakap orang, Dengarkan dahulu habis-habis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yakin habis tidakkan habis, Percaya diri tiang usaha; Kain tipis tidak berlapis, Dibawa mandi orang menganga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Habis senjata dimakan kerat, Manakan dapat dipakai lagi; Habislah cinta badan melarat, Manakan ingat kepada kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Habis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Habis benang buah belimbing, Dari sepungpung masak sebiji; Darilah mana baju kuning, Di kampung kamek payah cari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jerat dipasang sekali habis, Bila tak habis senjalah hari; Niat memang mencari gadis, Tak ada gadis janda pun jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Padi habis makan di jukuk, Bawa dari tanah seberang; Adik datang mengapa tunduk, Tak sudikah adik melihat abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain selendang dasarnya putih, Habis dijemur direndam basah; Adik jangan diajar kasih, Habis umur dendam tak sudah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang mengail umpan keridik, Habis umpan berganti daun; Orang bermain sesama cerdik, Habis bulan berganti tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| habis | 1. Bersinonim dengan kesemuanya ( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, ) (adverba:)
2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya ( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, ) (adverba:)
3. Bersinonim dengan siap ( selesai, beres, tamat, berakhir, ) (kata kerja:)
4. Bersinonim dengan paling ( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, ) (kata tugas:)
5. Bersinonim dengan selepas ( sesudah, setelah, ) (kata tugas:)
6. Bersinonim dengan jadi ( kalau begitu, maka, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan, |
|
Puisi |
---|
|
Habis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak.
Lihat selanjutnya... |
|