| Pantun | 
    Sumber | 
    Tema | 
   
  | Yang ke hulu biarlah ke hulu, Siapa datang kita dulukan; Yang berlalu biarlah berlalu, Cinta sekarang kita padukan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Banyak perahu berlalu-lalang, Hilir mudik mencari muatan; Hendak menunggu hatiku bimbang, Kerana adik menjadi rebutan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Kapur barak bertupa-tupa, Tiram berlalu sungai Mat Dadeh; Hati nak marah bercampur suka, Hilang malu kerana kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Zaman purba lamalah sudah. Beribu tahun sudah berlalu; Tangan meraba meleleh ludah, Mahu mencium mentua lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
  | Jika tiada jalan ke Daik, Manakan orang berlalu-lalang; Jika tiada pesanan adik, Manakan abang berani datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Masa Tok Penghulu, Pakai batu-bata; Masa tetap berlalu, Teruskan cita-cita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  
  | Jurang bukit umpama kawah, Bila jatuh meratap hiba; 14 hari berlalu sudah, Penyelamat merendah hutan rimba. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |  
  | Adat berkelambu seaib semalu, Adat sebantal sama sebekal; Adat semalu jangan berlalu, Adat sebekal jangan memuntal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |  
  | Kasih kami kepada ibu, Kasih kami kepada ayah; Kesan Tsunami sudah berlalu, Kesan sejarah tidak berubah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |  
  | Orang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
 |   |  | lalu |  1. Bersinonim dengan berjalan ( melintas, melewati, ) (kata kerja:)
  2. Bersinonim dengan berdaya ( larat, bertenaga, bermaya, ) (kata kerja:)
  3. Bersinonim dengan kemudian ( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, ) (kata tugas:)
  4. Bersinonim dengan lewat ( menjangkaui, melampaui, ) (kata tugas:)
 
  |  | Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,  |   
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Orang berpantun di Kampung Hulu,      Sambil mencabut ulam bermi;  Tujuh tahun musim berlalu,      Baru tersedar rumput di bumi.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
   
      
                 |