Pantun |
Sumber |
Tema |
Naik bukit pergi seberang, Padi muda dilurut kera; Sakit hati dikata orang, Tak boleh pagi petang kuambil juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Naik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukit tinggi didaki orang, Tiba di puncak badan pun letih; Sakit hati bukan sebarang, Cinta ditolak pupuslah kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung tekukur terbang ke laut, Mari hinggap pokok jati; Orang bercakap sedap mulut, Kita mendengar sakit hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sakit kaki jangan direndam, Bila direndam pastilah kambuh; Sakit hati jangan dipendam, Bila dipendam kasih menjauh. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit kaki jangan diurut, Bila diurut bertambah bengkak; Sakit hati jangan diturut, Bila diturut kita berlantak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit kaki kerana terbakar, Dibawa tegak jatuh terkulai; Sakit hati dibawa bersabar, Bila tidak kasih bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
Puisi |
---|
|
Naik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga.
Lihat selanjutnya... |
|