Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
bederon | [b«.d«.Äon] | kata kerja | berjalan beramai-ramai dengan perlahan-lahan. | Nampak ramai aje bederon ke sungai. | [nAm.pA/ ÄA.mAj A.dZ« b«.d«.Äon k« su.NAj] | Kelihatan ramai orang yang berjalan perlahan-lahan menghala ke sungai. |
betatang | [b«.tA.tAN] | kata kerja | berdiri secara berderet-deret beramai-ramai dan tidak mahu duduk. | Orang tue-tue dok kat belakang, awak dok betatang kat depan. Tak reti dudok ke? | [o.ÄAN tu.w«.tu.w« do/ kAt b«.lA.kAN A.wA/ do/ b«.tA.tAN kAt | Orang tua duduk di belakang, kamu semua berdiri di hadapan. Tidak tahu dudukkah? |
berondok | [b«.Äon.do/] | kata kerja | berjalan berkelompok-kelompok atau secara berkumpulan. | Bebudak tu berondok kulu, berondok kile, entah ape nak dicarik. | [b«.bu.dA/ tu b«.Äon.do/ ku.lu b«.Äon.do/ ki.le «n.tAh A.p« ] | Budak-budak itu berjalan beramai-ramai ke hulu dan ke hilir, entah apa yang hendak dicari. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
kawaq | [kA.wAâÖ] | kata nama | pencuri. | Syok jugak kalu ramai-ramai pakat kepong kawaq hak curi teloq ayam tu. | [S/ dZu.gAk kA.lu ÒA.mAj.ÒA.mAj pA.kAt k«.poN kA.wAâÖ hA/ tSu.Òi t«.lâÖ A.jAm tu] | Terasa seronok juga kalau beramai-ramai mengepung pencuri yang mencuri telur ayam itu. |
banah | [bA.nAh] | kata kerja | 1. mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; ganteh II. | Tulong mai ramai-ramai, aku nak banah rumah, petang ni. | [tu.loN mAj ÒA.mAj.ÒA.mAj A.ku nA/ bA.nAh Òu.mAh p«.tAN ni] | Tolong datang ramai-ramai kerana aku hendak mengangkat rumah pada petang ini. |
enjang | [en.dZAN] | kata nama | panggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok anjang), nenek saudara (tok anjang), bapak saudara (pak anjang), emak saudara (mak anjang), saudara atau anak (anjang) yang menduduki tempat keempat dalam susunan sesuatu keluarga. | Esok, pak enjang hang ajak pi kat duson dia, pila ramai-ramai. | [E.s/ pA/ en.dZAN hAN A.dZA/ pi kAt du.son di.jA pi.lA ÒA.mAj.ÒA.mAj] | Esok, Pak Anjang engkau menjemput ke dusunnya, pergilah beramai-ramai. |
mengunjong | [m«.Nun.dZoN] | kata kerja | menziarahi kematian. | Ramai orang mengunjong tengok tok pengulu mati. | [ÒA.mAj .ÒAN m«.Nun.dZoN tE.N/ to/ p«.Nu.lu mA.ti] | Ramai orang menziarahi kematian tok penghulu. |
cet | [tSE)t] | kata adjektif | terlalu kecil atau sedikit. | Koi hang bagi tu besak cet mana nak cukop kami ramai. | [koj hAN bA.gi tu b«.sAâÖ tSE)t mA.nA nA/ tSu.kop kA.mi ÒA.mAj] | Kuih yang kamu beri itu kecil sangat, manalah nak cukup, kami ramai. |
bejeram | [b«.dZ«.ÒAm] | kata adjektif | banyak atau ramai (berduyun). | Orang mai bejeram kat padang pasai ada pesta. | [.ÒAN mAj b«.dZ«.ÒAm kAt pA.dAN pA.sAj A.dA pEs.tA] | Orang datang berduyun-duyun ke padang kerana ada pesta. |
tanglaq | [tAN.lA)Ö] | kata kerja | berbuat sesuatu yang sumbang di hadapan orang, tidak senonoh. | Budak tu tanglak sunggoh, dia pi cium budak pompuan tu kat tengah orang ramai. | [bu.dA/ tu tAN.lA)Ö suN.goh di.jA pi tSi.jum bu.dA/ pom.pu.wAn tu kAt t«.NAh .ÒAN ÒA.mAj] | Budak itu berbuat sumbang, dia mencium gadis itu di khalayak ramai. |
nasik kawah | [nA.si/ kA.wAh] | | nasi yang dimasak dengan menggunakan kawah untuk dimakan beramai-ramai. | Tok Pengulu buat jamu nasik kawah kat anak buah dia. | [to/ p«.Nu.lu bu.wAt dZA.mu nA.si/ kA.wAh kAt A.nA/ bu.wAh di.jA] | Tuk Penghulu memberi jamuan nasi kawah kepada penduduk di mukimnya. |
gayat | [gA.jAt] | kata adjektif | takut, bimbang atau khuatir tentang ketidakmampuan untuk mengadakan atau melakukan sesuatu, bimbang (kiasan). | Dengan duet hak dok ada, aku rasa gayat nak buat kenuri pangge orang ramai. | [d«.NAn du.wet hA/ do/ A.dA A.ku ÒA.sA gA.jAt nA/ bu.wAt k«.nu.Òi pAN.gE .ÒAN ÒA.mAj] | Dengan wang sebanyak itu, aku berasa bimbang hendak mengadakan kenduri dengan menjemput tetamu yang banyak. |
demah | [d«.mAh] | kata kerja | menumbuk, memukul atau menghentam seseorang dengan penumbuk (kata kiasan). | Budak bangsat tu ek sangat, jom kita pakat demah dia sorang sebijik. | [bu.dA/ bAN.sAt tu E/ sA.NA dZom ki.tA pA.kAt d«.mAh di.jA s.ÒAN s«.bi.ji/] | Budak bangsat itu berlagak sangat, mari kita tumbuknya beramai-ramai. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
jongok angok | [dZ:.N/ A.N/] | | keadaan orang ramai yang sedang melihat sesuatu dengan asyik sekali. | Dok tengok gapo gak jongok angok tu. | [do/ tE.N/ g:A.p gA/ dZ:.N/ A.N/ tu] | Sedang tengok apa ramai-ramai tu. |
brate | [bÄA.tE] | kata kerja | membuat sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai, bergotong-royong, bersama-sama, berpakat. | Krijo tu kalu buwak brate mesti cepak sudoh. | [kÄi.dZ tu kA.lu bu.wA/ bÄA.tE m«s.ti tS«.pA/ su.dh] | Kerja tu kalau dibuat bersama-sama mesti cepat siap. |
bojeng | [b:.dZEN] | kata kerja | gunting rambut. | Lo ni, rama budok tino bojeng pendek mace ore jate. | :: | Sekarang ni, ramai budak perempuan gunting rambut pendek seperti lelaki. |
loni | [l:.ni] | kata nama | sekarang. | Budok loni rama tok ikok kato mok pok. | [bu.d/ l:.ni ÄA.mA t/ i.ko/ kA.t m/ p/] | Budak-budak sekarang ni ramai yang tak ikut nasihat ibu bapa. |
mulok udoh | [mu.lo/ u.doh] | | orang yang suka mencarut, mulut celupar. | Rama ore tok suko ko diyo pasa mulok udoh. | [ÄA.mA .ÄE t/ su.k k di.j pA.sA mu.lo/ u.doh] | Ramai orang tak menyukainya kerana mulut celupar. |
puing | [p:uiN] | kata kerja | meronta-ronta (untuk melepaskan diri), berpusing-pusing. | Lembu tu puing nok lari maso ore igak diyo. | [l«m.bu tu p:uiN n/ lA.Äi mA.s .ÄE i.gA/ di.j] | Lembu tu meronta-ronta nak lari ketika orang ramai hendak menangkapnya. |
berek-berek | [b«.ÄE/.b«.ÄE/] | kata adjektif | berkenaan hujan dalam keadaan turun yang berterusan. | Rama budok tok leh gi skoloh ari nih sebak uje berek-berek jok smale lagi. | [ÄA.mA bu.d/ t/ leh gi sk.lh A.Äi nih s«.bA/ u.dZE | Ramai budak tak boleh pergi sekolah hari ni sebab hujan berterusan sejak semalam lagi. |
selambok | [s«.lAm.bo/] | kata nama | sejenis permainan tradisional kanak-kanak perempuan yang menggunakan beberapa biji buah guli yang dilambung-lambung. | Rama budok tino dok maeng selambok atah seming tepi rumoh. | [ÄA.mA bu.d/ t:i.n do/ m:AeN s«.lAm.bo/ A.tAh s«.miN t:«.pi Äu.mh] | Ramai budak perempuan main selambut di atas simen tepi rumah. |
jebeng | [dZ«.beN] | kata nama | bulu yang tumbuh pada pipi di depan telinga, jambang. | Jebeng Pok Ali lebak sungguh, pasa tu budok- budok takok ko diyo. | [dZ«.beN p/ A.li l«.bA/ suN.guh pA.sA tu bu.d/.bu.d/ tA.ko/ k di.j] | Jambang Pak Ali lebat sungguh, sebab tulah ramai budak takut padanya. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
bocokeng | [b.tS.kEN] | kata adjektif | berhati-hati dalam berbelanja. | Anake ramai, gaji kocek, konola bocokeng. | [A.nA/.E ÄA.mAj gA.dZi k.tSE/ k.n.lAh b.tS.kEN ] | Anaknya ramai, gaji kecil, kenalah berhati-hati dalam berbelanja. |
bokiak I | [b.ki.jA/] | kata nama | ramai, banyak. | Baru sopuluh taon kawen dah bokiak anake. | [bA.Äu s.pu.lh tAon kA.wen dAh b.ki.jA/ A.nA/.E] | Baru sepuluh tahun kahwin, sudah ramai anaknya. |
tok paroi | [t/ pA.Äj] | | gelaran untuk harimau. | Ramai orang tosorompak tok paroi kek gunung angsi. | [ÄA.mAj .ÄAN t.s.Äm.pA/ t/ pA.Äj kE/ gu.nuN AN.si] | Ramai orang terserempak harimau, di Gunung Angsi. |
tuyong | [tu.joN] | kata kerja | 2. tumbuk. | Tukang ubek tu kono tuyung dek orang ramai. | [tu.kAN u.bE/ tu k.n dE/ .ÄAN ÄA.mAj] | Tukang ubat itu kena pukul oleh orang ramai. |
jimban | [dZim.bAn] | kata adjektif | berkenaan tubuh badan bayi yang montel, mungkil. | Anak sulung misi tu jimban boto, ramai goram kek diyo. | [A.nA/ su.luN mi.si tu dZim.bAn b.t ÄA.mAj g.ÄAm kE/ di] | Anak sulung misi itu montel betul, ramai geram akan dia. |
cipeh | [tSi.pEh] | kata kerja | celupar. | Mulot kaw cipeh bona, kalu camni ramai kawan ekau lari. | [mu.lt kAw tSi.pEh b.nA kA.lu tSAm.ni ÄA.mAj kA.wAn E.kAw lA.Äi] | Mulut kau celupar benar, kalau macam ini ramai kawan engkau lari. |
tosuga-suga | [t.su.gA su.gA] | kata kerja | tersedu-sedu. | Ramai sedaro maro tosuga-suga maso monganta jomaah aji kek Klano Jayo. | [ÄA.mAj sE.dA.Ä mA.Ä t.su.gA su.gA m.NAn.tA dZ.mA.Ah A.dZi kE/ klA.n dZA.j] | Ramai sedara mara tersedu-sedu, semasa menghantar jemaah haji di Kelana Jaya. |
lukuih I | [lu.kuih] | kata kerja | bertungkus lumus. | Orang-orang ponanggah lukuih bokojo kek dapo sobab totamue ramai. | [.ÄAN..ÄAN p.nAN.gAh lu.kuih b.k.dZ kE/ dA.po s.bAb t.tA.mu.E ÄA.mAj] | Orang-orang penanggah bertungkus lumus bekerja di dapur kerana tetamunya ramai. |
torimbeh | [t.Äim.bEh] | kata adjektif | terlayan. | Kondori rumah Tok Lelo Tajo jumputane tolalu ramai, tak torimbeh tuan rumahe. | [kn.du.Äi Äu.mAh t/ lE.l tA.dZ dZm.pu.tAn.E t.lA.lu ÄA.mAj tA/ t.Äim.bAh tu.wAn Äu.mAh.E] | Kenduri rumah Tok Lela Raja jemputannya terlalu ramai, tidak terlayan tuan rumahnya. |
bodayah | [b.dA.jAh] | kata adjektif | berkenaan makanan yang banyak. | Makanan kek rumah orang kawen tu bodayah sobab ramai yang tak datang dek ujan lobek. | [mA.kA.nAn kE/ Äu.mAh .ÄAN kA.wen tu b.dA.jAh s.bAb ÄA.mAj .ÄAN tA/ dA.tAN de/ u.dZAn l.bE/] | Makanan di rumah orang kawin itu banyak sebab ramai yang tidak datang kerana hujan lebat. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
cakau kaes | [tSA.kAw kAes] | | melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. | Anak ramai, cakau kaes die carik makan. | [A.nA/ ÄA.mAj tSA.kAw kAes di.j« tSA.Äi/ mA.kAn] | Anak ramai, bersungguh-sungguh dia berusaha mencari rezeki. |
kedamat | [k«.dA.mAt] | kata adjektif | riuh-rendah; pondak. | Bebudak ramai, punya le kedamat rumah aku. | [b«.bu.dA/ ÄA.mAj pu.øA l« k«.dA.mAt Äu.mAh A.ku] | Budak-budak ramai, riuh-rendah rumah aku. |
alakulihal | [A.lA.ku.li.hAl] | kata sifat | berkenaan kehidupan yang lebih baik daripada keadaan sebelumnya. | Anak aku ramai, due-due tak keje, kalau laki aku keje alakulihal juge. | [A.nA/ A.ku ÄA.mAj du.w«.du.w« tA/ k«.dZ« kA.lAw lA.ki A.ku k«.dZ« A.lA.ku.li.hAl dZu.g«] | Anak aku ramai, kedua-dua kami tidak bekerja, kalau suami aku kerja alakulihal juga. |
beseban | [b«.sE.bAn] | kata kerja | berkumpul beramai-ramai untuk membuat sesuatu kerja di satu tempat, misalnya di anjung rumah. | Kat dapo tu beseban orang perempuan tengah siap bahan laok kenduri. | [kAt dA.po tu b«.sE.bAn o.ÄAN p«.Ä«m.pu.wAn t«.NAh si.jAp bA.hAn lAo/ k«n.du.Äi] | Di dapur, ramai orang-orang perempuan sedang menyiapkan lauk kenduri. |
besenaok | [b«.s«.nAo/] | kata adjektif | berkenaan tempat yang dipenuhi dengan orang atau haiwan dengan pelbagai ragam. | Bile raye, rumah ni besenaok dengan cucu-cicet emak. | [bi.l« ÄA.j« Äu.mAh ni b«.s«.nAo/ d«.NAn tSu.tSu.tSi.tSet «.mA/] | Apabila hari raya, rumah ini ramai dengan cucu-cicit emak. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
hujong jengke | [hu.dZoN dZ«N.kE] | | berkenaan jarak yang agak jauh. | Dalam ramai-ramai die je yang kene bilek hujong jengkel. | [dA.lAm ÄA.mAj.ÄA.mAj di.j« jAN k«.n« bi.lek hu.dZoN dZ«N.kE] | Di antara semua dia seorang yang dapat bilik yang agak jauh. |
kelinjat | [k«.lin.dZAt] | kata adjektif | berkenaan tingkah laku seseorang yang tidak senonoh di khalayak ramai. | Tok elok anak dare kelinjat tengah orang ramai. | [t/ e.lo/ A.nA/ dA.Ä« k«.lin.dZAt t«.NAh o.ÄAN ÄA.mAj] | Tidak manis anak dara berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai. |
nekut | [n«.kut] | kata kerja | menangkap burung (guak) dengan cara meniup serunai. | Ramai budak-budak pegi nekut kat paya. | [ÄA.mAj bu.dA/.bu.dA/ p«.gi n«.kut kAt pA.jA] | Ramai budak-budak pergi nekut di paya. |
bederong | [b«.d«.ÄoN] | kata adjektif | berkenaan orang ramai yang datang serentak ke sesuatu tempat. | Koi nampak orang bederong kat tepi sunge. | [koj nAm.pA/ o.ÄAN b«.d«.ÄoN kAt t«.pi su.NE] | Saya nampak orang ramai dekat tepi sungai. |
sakan | [sA.kAn] | kata adjektif | berkenaan rasa puas hati atau berbaloi kerana mendapat manfaat. | Kenuri arwoh tu orang tok ramai mari, kome makan sakan. | [k«.nu.Äi AÄ.wh tu .ÄAN t/ ÄA.mAj mA.riko.m« mA.kAn sA.kAn] | Kenduri arwah itu orang tidak ramai yang datang, kami makan banyak. |
bebimbo | [b«.bim.bo] | kata adjektif | berkenaan berjalan secara beramai-ramai dalam satu barisan. | Ngapa jalan bebimbo, kang langgo dek keto. | [NA.pA dZA.lAn b«.bim.bo kAN lAN.g de/ kE.t] | Mengapa jalan bebimbo, nanti dilanggar kereta. |
rengkok | [ÄeN.k/] | kata adjektif | berkenaan percakapan yang tidak jelas kerana terlalu ramai orang yang bercakap. | Ustaz beceramoh kat depan wokme rengkok kat belakang. | [us.tAz b«.tS«.ÄA.m«h kAt d«.pAn w/.m« ÄeN.k/ kAt b«.lA.kAN] | Ustaz berceramah di hadapan kamu bercakap di belakang. |
rakyat | [ÄA/.jAt] | kata nama | orang asli. | Le ni rakyat rame masok universiti. | [l« ni ÄA/.jAt rA.mE mA.so/ u.ni.ver.si.ti] | Sekarang orang asli ramai yang masuk universiti. |
loh | [lh] | kata tugas | ayuh, mari. | Loh, kite pegi rame-rame rumoh Pak Su. | [lh ki.t« p«.gi ÄA.mE-ÄA.mE Äu.mh pA/ su] | Ayuh, kita beramai-ramai pergi rumah Pak Su. |
gete | [g«.t«] | kata nama | binaan tempat tidur pengantin biasanya tinggi sedikit daripada lantai. | Orang sebok buat gete anok daro die tu nok kawen. | [.ÄAN sE.bo/ bu.wA g«.t« A.n/ dA.Ä di.j« tu n/ kA.wen] | Orang ramai sibuk membuat gete anak dara dia hendak kahwin. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
pinggan asahan | [piN.gAn A.sA.hAn] | | pinggan kaca yang besar digunakan dalam majlis kenduri yang digunakan untuk menghidangkan nasi serta lauk pauk di dalamnya. Hidangan ini disajikan untuk empat orang pinggan tapak gajah | Setengah orang geli nak makan nasik ramai-ramai dalam pinggan asahan. | [s«.t«.NAh o.ÒAN g«.li nA mA.kAn nA.si ÒA.mAj.ÒA.mAj dA.lAm piN.gAn A.sA.hAn] | Ada orang berasa geli hendak makan nasi beramai-ramai dalam pinggan asahan. |
gebok | [gE.b/] | kata adjektif | berkenaan dengan badan seseorang yang besar dan pendek. | Dalam ramai adek beradek depa dia sorang gebok, yang laen besaq agam. | [dA.lAm ÒA.mAj A.de/.ÒA.de/ dE.pA di.jA s.ÒAN gE.b/ jAN lAen b«.sA)Ö A.gAm] | Dalam ramai-ramai adik beradik mereka dia seorang yang besar dan pendek, yang lain besar ragam. |
rap | [ÒAp] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang atau haiwan yang rapat atau manja dengan seseorang | Dalam banyak-banyak anak yang sorang ni rap dengan tukang masak. | [dA.lAm bA.øA/.bA.øA/ A.nA/ jAN s.ÒAN ni ÒAp d«.NAn tu.kAN mA.sA/] | Ramai-ramai anak yang seorang ini rapat dengan pembantu rumah. |
| | | 4. berkenaan dengan seseorang yang mempunyai anak yang ramai | Depa susah tapi anak merenyut. | [dE.pA su.sAh tA.pi A.nA/ m«.Ò«.øut] | Mereka susah tapi anak ramai. |
| | | 3. berkenaan dengan anak yang kecil dan ramai bilangannya; bekederet. | Depa tu nampak muda lagi, tapi anak dah beceretet. | [dE.pA tu nAm.pA mu.dA lA.gi tA.pi A.nA dAh b«.tS«.ÒE.tEt] | Pasangan itu nampak muda, tetapi anak mereka ramai. |
begenuaq | [b«.g«.nu.wA)Ö] | kata adjektif | berkenaan dengan orang atau anak yang ramai. | Orang kampung bergenuaq keluar pi tengok pampe. | [.ÒAN kAm.poN b«.g«.nu.wA)Ö k«.lu.wA)Ö pi tE.N pAm.pE] | Orang kampung ramai keluar pergi `funfair'. |
cuci laik | [tSu.tSi lA.i/] | | berkenaan dengan sesuatu yang bersih dan kemas | Rumah dia cuci laik pasai ramai anak dara. | [Òu.mAh di.jA tSu.tSi lA.i/ pA.sAj ÒA.mAj A.nA/ dA.ÒA] | Rumahnya bersih dan kemas sebab ramai anak dara. |
bekederet | [b«.k«.dE.ÒEt] | kata adjektif | berkenaan dengan bilangan anak yang kecil dan ramai bilangannya; beceretet. | Kawen baru lima taon, anak dah bekederet. | [kA.wen bA.Òu li.mA tAon A.nA dE.pA dAh b«.k«.dE.ÒEt] | Berkahwin baru lima tahun, anak mereka sudah ramai. |
balai | [bA.lAj] | kata nama | binaan berlantai yang berbumbung dibina khusus untuk jamuan kenduri kahwin. | Orang ramai makan kat balai, penganten makan depan pelamin. | [o.ÒAN ÒA.mAj mA.kAn kAt bA.lAj p«.NAn.ten mA.kAn d«.pAn p«.lA.min] | Orang ramai makan di balai, pengantin makan depan pelamin. |
perap | [p«.ÒAp] | kata kerja | menyuruh melakukan sesuatu secara berulang-ulang | Tok dok perap cucu ni saja jaga dia pada hai cucu laen ramai lagi. | [to/ do/ p«.ÒAp tSu.tSu ni sA.dZA dZA.gA di.jA pA.dA hAj tSu.tSu lAen ÒA.mAj lA.gi] | Nenek asyik menyuruh cucu ini sahaja menjaganya padahal cucu lain ramai lagi. |
|
Tesaurus |
---|
| ramai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar,
laguh-lagah, becang-becok, Berantonim dengan sunyi
2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira, Berantonim dengan sugul
3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau, Berantonim dengan lembap
4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,
5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun,
berasak-asak, berhimpit-himpit, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian, |
|
Puisi |
---|
|
Anak lutung di pokok jelutung, Anak mawas di pokok ara; Ramai-ramai kita berpantun, Kerana memuja teruna dan dara.
Lihat selanjutnya... |
|