Menganyam Kedukaan mengemukakan pensoalan biasa, iaitu tentang kenangan, penghargaan serta sanjungan terhadap budi dan bakti guru. Namun pernyataan pemikiran dan perasaan Adi yang berkembang di atas landasan kebenaran dan kejujuran telah menyentuh hati nurani pembaca dengan kesan yang mendalam. Penggunaan ungkapan-ungkapan bersifat metafora seperti ‘gunung duka’, ‘lembah kedaifan’, ‘layar khidmat’, ‘payung amanah’ dan ‘hujan alpa’ terasa begitu puitis serta berhasil menimbulkan citra taman keredhaan- Mu’ yang menimbulkan kesatuan citra tentang kemuliaan serta keagungan Tuhan. Di samping itu, penyusunan baris-barisnya xii LAPORAN PANEL PENILAI PUISI 1991 yang menimbulkan nada kenendahan serta ketulusan hati dengan terungkapnya unsur alusi melalui tokoh-tokoh Taib, Munib dan Awwaab telah menghidupkan kesan ketakwaan insan secara jelas. Semuanya ni terhasil daripada ketelitian pemilihan kata-kata senta penyusunannya. Begitu juga
|
|
Tesaurus |
---|
| putih (adjektif) | 1. Dalam konteks warna bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak, Berantonim dengan hitam
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria, Berantonim dengan tercemar
| Kata Terbitan : memutihkan, keputihan, |
|
Puisi |
---|
|
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat.
Lihat selanjutnya... |
|