PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanobrick | | | Filem berketebalan kurang daripada 100 nm yang diperbuat daripada campuran sekitar 70% tanah liat dengan polimer mempunyai struktur sama seperti bata. Filem ini digunakan untuk melapisi pembungkus makanan supaya tahan lama, melapisi pakaian untuk tahan api dan permukaan bahan untuk tahan gores. |
allergen | | | Bahan yang apabila dimakan, diminum atau dihidu mudah dikesan oleh sistem imun dan menimbulkan kesan alergi. Alergen digunakan dalam bidang nanoteknologi dengan meluas dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan makanan. Namun demikian, bahan aktif tertentu yang diadun dalam nanozarah seperti polikaprolakton dapat mendatangkan alergi kepada manusia dan haiwan. Contohnya, habuk, debu bunga atau bulu haiwan, klorin dan minyak wangi. |
antimicrobial | | | Bahan yang membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikrob, seperti bakteria, kulat, virus, dan parasit. Contohnya, antibiotik yang digunakan sebagai ubat bagi merawat jangkitan. Antimikrob sangat penting dalam industri tekstil, penyahjangkitan air, ubat, dan pembungkusan makanan. Nanozarah logam oksida, contohnya perak dipakai secara meluas sebagai antimikrob untuk membunuh bakteria dan mikrob-mikrob lain tanpa memberikan kesan toksik kepada persekitaran. |
mitochondrion | | | Membran biologi yang mengurungi organel dan ditemui dalam kebanyakan sel eukariotik. Satu sel eukariotik yang tipikal mengandungi kira-kira 2000 mitokondria dan membentuk kira-kira 20% daripada isi padu keseluruhannya. Membran ini dapat mengubah molekul makanan dalam bentuk molekul ATP untuk menyimpan tenaga. Lihat juga adenosina trifosfat (ATP). |
electronic nose | | | Peranti untuk mengecam bau komponen tertentu dan menganalisis kandungan kimianya bagi pengenalan sumber bau tersebut. Peranti ini meniru sistem hidung sebenar yang terdiri daripada susun atur sensor kimia dan sistem pengecaman corak yang menggunakan rangkaian neural buatan. Peranti ini digunakan secara meluas untuk mengawal kualiti dalam industri makanan, minuman dan kosmetik. Penggunaan lain ialah pengesanan bau bagi penyakit tertentu dalam diagnosis perubatan dan pengesanan kebocoran gas dan pencemaran alam sekitar. |
|
Tesaurus |
---|
| makan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan santap: menjamah, merasa, meratah membaham, mencaruk, melahap, membedal, menyental, membalun,
membantai, menggasak, menalak, mengisi perut, menyekang perut, menangsel perut, mencengam, mencekik,
muntah kedarah mengunyah, memamah, menggigit-gigit, mengunggis, mengerit, mengerip, mengerkah,
mematuk, mencatuk meragut, menelan, melulur menghirup, menjilat, bahau, mendahar, menyunkah,
mengganyang, menggerogot, meranggah,
2. Bersinonim dengan tembus: telap, lut, mempan, kena, ayap, masuk,
3. Dalam konteks brek bersinonim dengan mencengkam, berfungsi, berkesan, memakan,
4. Dalam konteks nasihat bersinonim dengan menerima, mengikut, menurut, mendengar, mematuhi, mentaati,
| Kata Terbitan : memakan, makanan, |
|
Puisi |
---|
|
Cekur manis makanan sotong, Sotong mati di Tanjung Karang; Hamba menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di negeri orang.
Lihat selanjutnya... |
|