PeribahasaTahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan.TakrifOrang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahan jerat sorong kepala.TakrifHendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahan baji oleh kelidai.TakrifBertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). kelidai = sebangsa kayu yang susah dibelah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBinatang tahan palu, manusia tahan kias.TakrifMengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam tahan tempa, putih tahan sesah.TakrifDapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManusia tahan kias, binatang tahan palu.TakrifMengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSawah luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak.TakrifOrang yang meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGeneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.TakrifMenunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana barang yang disadur.TakrifTak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengalangkan batang leher.TakrifMenyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tahan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,
2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,
3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,
| Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan, |
|
Puisi |
---|
|
Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati.
Lihat selanjutnya... |
|