PeribahasaBayang-bayang disangka tubuh.TakrifMengharapkan sesuatu yang belum pasti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah menanti sebab, retak menanti belah.TakrifSesuatu yang sudah pasti akan berlaku.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih mengandung awan, kelambaja mengandung hujan.TakrifSesuatu yang belum pasti. kelambaja = awan hitam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRetak menanti (= mencari, tanda akan) belah (= pecah).TakrifSesuatu yang sudah pasti akan berlaku. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecah menanti sebab, retak menanti belah, b. Raga menanti pecah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia.TakrifSesuatu yang sudah pasti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti batang mengkudu, dulu buah daripada bunga.TakrifMenyangka telah dapat memiliki sesuatu yang belum pasti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria; cangkuk = pekasam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| pasti (adjektif) | Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata,
terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;, | | Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian, |
|
|