PeribahasaMaksud bagai maksud manau.TakrifMaksud yang melebihi kesanggupan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMaksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.TakrifIngin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir besar sampan tak hanyut.TakrifMaksud tidak tercapai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar ular mati, kayu tiada patah.TakrifMaksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan biar dapat, serampang jangan pukah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerlurah di balik pendakian.TakrifAda sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan biar dapat, serampang jangan pukah.TakrifMaksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar ular mati, kayu tiada patah). serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSenjata makan tuan.TakrifBerbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBakar tak berbau.TakrifTidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkhtiar menjalani, untung menyudahi.TakrifUntuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLambat laga asalkan menang.TakrifBiar lambat asalkan maksud tercapai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| maksud (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad,
kasad, anju, hujung,
2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir,
takwil,
| Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.
Lihat selanjutnya... |
|