Kata |
Takrif |
Sumber |
konotasi | (Lin) asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkonotasi | mempunyai konotasi, ada konotasinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konotatif | (Lin) berkaitan dgn atau mempunyai konotasi: kata-kata yg mempunyai makna ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cun II | bp 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denotasi | (dénotasi) (Lin) 1. makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengancam | 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugikan, dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2. meletakkan (menyebabkan berada) dlm keadaan akan mengalami atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk Bali sudah beberapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung; kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ancam | ; mengancam 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugikan, dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2. meletakkan (menyebabkan berada) dlm keadaan akan mengalami atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk Bali sudah beberapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung; kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll); mengancamkan mengancam dgn sesuatu: ia ~ parangnya kpd orang yg hendak mendekatinya; terancam berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam (oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan; keterancaman keadaan terancam; ancaman sesuatu yg mengancam atau diancamkan, bahaya dsb yg mungkin menimpa: mereka menghadapi ~ drpd musuh luar dan dalam; pengancaman perihal (perbuatan) mengancam: ~ itu dilakukan secara halus; pengancam orang yg mengancam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
connote | vt /membawa, mempunyai/ konotasi: the word famine usually ~s poverty and despair, perkataan kebuluran biasanya membawa konotasi kemiskinan dan keputusasaan; injury ~s pain, kecederaan mempunyai konotasi kesakitan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
connotation | n konotasi: the word prison has ~s of loneliness and misery, perkataan penjara mempunyai konotasi kesepian dan kesengsaraan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
connotation | konotasi | konotasi | konotasi | Kesusasteraan |
connotation | konotasi | konotasi | konotasi | Linguistik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
connotation | pengertian | Kesusasteraan | Puisi | Makna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi. |
connotation | konotasi | Pendidikan | Tiada | Tiada |
connotation | konotasi | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
connotation | konotasi | Psikologi | Tiada | Tiada |
connotation | konotasi | Komunikasi | Tiada | Perkataan atau ayat yang mengandungi nilai emosi atau makna tersirat yang disebabkan oleh pengaruh latar belakang kebudayaan atau keagamaan. |
connotation | konotasi | Kesusasteraan | Puisi | Lihat pengertian. |
emotional connotation | konotasi emosi | Pendidikan | Tiada | Tiada |
plurisignation | penandaan jamak | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan untuk mencetuskan pelbagai makna dan konotasi dalam penulisan sastera. Penggunaan ini boleh memaparkan ironi atau paradoks yang kerap digunakan dalam penulisan puisi. Contohnya, frasa crack d crowns dalam karya bertajuk Henry IV oleh Shakespeare boleh dinterpretasikan sebagai dunia yang sumbing (broken coins), kepala yang luka (fractured heads) atau raja yang turun takhta (deposed royalty). |
hurricane wind | angin hurikan | Sains | Hidrometeorologi | Angin kencang siklon tropika (hurikan atau taufan). Istilah ini tidak mempunyai konotasi teknikal yang lain, tetapi ia mudah dikelirukan dengan angin berdaya hurikan. |
afective component | komponen afektif | Sosiolinguistik | Tiada | Unsur sikap dalam makna. Contohnya bagaimana kita membezakan asosiasi emosional (atau konotasi), item leksikal atau pelahiran sikap dalam intonasi. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
konotasi | [ko.no.ta.si] | کونوتاسي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata konotasi |
|
|