PeribahasaYang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.TakrifOrang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakanan enggang hendak dimakan oleh pipit.TakrifHendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga.TakrifOrang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kambing lepas ke parak.TakrifMemilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal berinsang ikanlah.TakrifTidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti berebut kelongkong kelapa.TakrifPergaduhan dengan sebab makanan atau keuntungan yang sedikit. kelongkong = buah nyiur yang masih muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.TakrifTiada memilih (makanan atau perbuatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.TakrifTidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Asal berinsang ikanlah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.TakrifSungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang ikan dalam kerabu.TakrifKejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya. kerabu = sejenis makanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| makan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan santap: menjamah, merasa, meratah membaham, mencaruk, melahap, membedal, menyental, membalun,
membantai, menggasak, menalak, mengisi perut, menyekang perut, menangsel perut, mencengam, mencekik,
muntah kedarah mengunyah, memamah, menggigit-gigit, mengunggis, mengerit, mengerip, mengerkah,
mematuk, mencatuk meragut, menelan, melulur menghirup, menjilat, bahau, mendahar, menyunkah,
mengganyang, menggerogot, meranggah,
2. Bersinonim dengan tembus: telap, lut, mempan, kena, ayap, masuk,
3. Dalam konteks brek bersinonim dengan mencengkam, berfungsi, berkesan, memakan,
4. Dalam konteks nasihat bersinonim dengan menerima, mengikut, menurut, mendengar, mematuhi, mentaati,
| Kata Terbitan : memakan, makanan, |
|
Puisi |
---|
|
Cekur manis makanan sotong, Sotong mati di Tanjung Karang; Hamba menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di negeri orang.
Lihat selanjutnya... |
|