PeribahasaAda rupa, ada harga.TakrifHarga barang menurut rupanya (= keadaannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kambing harga dua kupang.TakrifTingkah lakunya seperti anak-anak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIntan disangkakan batu kelikir.TakrifTidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTercocok hidung.TakrifMembeli barang yang buruk dengan harga mahal; tertipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang penjahit berkerbau-kerbau.TakrifLebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenjahit hilang di tiga hari dengan kerbau.TakrifLebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang penjahit berkerbau-kerbau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.TakrifJanji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan.TakrifBercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| harga (kata nama) | 1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,
2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,
| Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan, |
|
Puisi |
---|
|
Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari.
Lihat selanjutnya... |
|