PeribahasaMenyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis.TakrifJika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemakan habis-habis, menyuruk (menyorok) hilang-hilang.TakrifJika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan.TakrifJika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyauk kering-kering, membeli habis-habis.TakrifMenyelidiki sesuatu hal sampai jelas; menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPilin telinga saring-saring.TakrifFikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak berengsot dari bibir.TakrifTidak habis-habis disebut. berengsot = berpindah perlahan-lahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah mengilang membajak pula.TakrifTak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir lalu kubangan tohor.TakrifPenghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis miang kerana bergeser.TakrifSesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.TakrifMenyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| habis | 1. Bersinonim dengan kesemuanya ( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, ) (adverba:)
2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya ( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, ) (adverba:)
3. Bersinonim dengan siap ( selesai, beres, tamat, berakhir, ) (kata kerja:)
4. Bersinonim dengan paling ( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, ) (kata tugas:)
5. Bersinonim dengan selepas ( sesudah, setelah, ) (kata tugas:)
6. Bersinonim dengan jadi ( kalau begitu, maka, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan, |
|
Puisi |
---|
|
Habis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak.
Lihat selanjutnya... |
|