Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mengapakah ayat "Kain itu belum berlipat." merupakan ayat pasif? Ayat pasif terbit daripada ayat aktif, contohnya ayat pasif "Buku cerita itu telah dibacanya." adalah terbit daripada ayat aktif "Dia telah membaca buku cerita itu." Sila nyatakan ayat aktif bagi ayat "Kain itu belum berlipat." Terima kasih. | "Kain itu belum berlipat" sama dengan "kain itu belum dilipat". Bentuk aktifnya ialah "(Dia) belum melipat kain". | Tatabahasa | 31.07.2007 |
makna umum SUBJEKTIF | SUBJEKTIF - (subjéktif) terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting. | Makna | 08.10.2008 |
1)Adakah betul penggunaan ayat seperti berikut.. Air mata terbit daripada matanya setelah dimaraji oleh gurunya? 2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. atau Saya yakin saya boleh mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. | Ayat yang betul dari segi tatabahasa adalah seperti yang berikut: (1) Air matanya mengalir setelah dimarahi oleh gurunya. (Tidak perlu dinyatakan punca air mata kerana air mata sememangnya berpunca daripada mata dan lewah). (2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. (Kata "dapat" merupakan kata bantu ragam yang menyatakan ragam perasaan dan keupayaannya, manakala kata "boleh" juga merupakan kata bantu tetapi keadaan keupayaannya yang diizinkan, misalnya; Shisa boleh menyertai peraduaan itu.) | Tatabahasa | 25.02.2009 |
Saya nak tanya buku teks sejarah kbsm yang disemak semula bila akan terbit? | Untuk makluman, DBP tidak dipertanggungjawabkan untuk menyemak semula buku teks Sejarah KBSM. Mohon tuan berhubung terus dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Buku Teks), Putrajaya. | Lain-lain | 02.04.2012 |
Salam, Mengapakah perkataan bendahari tidak tergolong dalam kata majmuk? | Bendahari bukanlah gabungan daripada perkataan benda dan hari. Bendahari terbit sendiri dan bukan bukan kata majmuk. | Istilah | 31.01.2013 |
Tuan, Saya ialah dari sebuah syarikat penerbitan buku computer untuk pelajar sekolah rendah. Saya ingin bertanya mengenai sebuah gambar yang ingin terbit dalam buku. Pertayaan saya ialah bahawa gambar yang saya attach yang mengandungi lagu "NegaraKu" mempunyai apa-apa issue yang sensitive atau salah jika diterbitkan. Sekian Terima Kasih | Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini, pada pandangan kami eloklah Sdr merujuk terus kepada Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. | Lain-lain | 04.05.2012 |
bagaimana menulis nota kaki atau nota hujung | Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut: Nama penulis (diikuti dengan tanda koma) Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah) Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah) Jilid (diikuti dengan tanda noktah) Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah) Tempat terbit (diikuti dengan tanda noktah bertindih) Nama penerbit (diikuti dengan tanda koma) Halaman rujukan (diikuti dengan tanda noktah) Nota: Cara penulisan nota kaki ini adalah sama seperti cara penulisan bibliografi. Maklumat lanjut dan contoh penulisannya terdapat dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170. | Lain-lain | 27.02.2008 |
apa itu maksud kolofon,otograf,kodikologi | Kolofon bermaksud lambang penerbit pada buku; petunjuk pada bahagian akhir buku tentang nama penerbit, waktu terbit,dsb. Otograf atau autograf? Autograf bermaksud tandatangan sesorang, baiasanya orang terkenal; naskhah asal yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri. Kodikologi bermaksud kajian tentang manuskrip. | Makna | 05.04.2008 |
pakah yang dimaksudkan dengan implikasi dan apakah peranti perangkap dan daripada manakh asalnya bahasa melayu baku. | Implikasi ialah kesan (kemungkinan dan sebagainya) yang terbit atau dapat ditakrifkan daripada sesuatu. Sila nyatakan konteks penggunaan peranti perangkap untuk dilihat maknanya. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa Melayu standard dan perkataan baku bermaksud sesuatu yang sudah diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll.) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsbg. yang lain. | Makna | 14.10.2007 |
saya ber nama Afeeyah ingin bertanya buku kemahiran membaca.terimakasih atas pertanyaan | Berikut antara buku yang boleh dirujuk; Judul Penerbit Keluaran Tahun Terbit ISBN Mengajar Membaca - Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca Tiada Tiada 2004 983-192-111-9 Panduan mengajar kemahiran membaca Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1994983-62-3968-5 | Tatabahasa | 07.11.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| terbit (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,
2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,
3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,
4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,
5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,
| Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit, |
|
Puisi |
---|
|
Sebab bulan terbit pagi, Bunga pandan dalam cerana; Sebab intan datang ke mari, Nampak berlain dalam bunga.
Lihat selanjutnya... |
|