Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
frasa sebaik sahaja atau sebaik saja atau sebaik-baik sahaja atau sebaik-baik saja. yang mana lebih tepat? bolehke frasa sebaik saja digunakan sebagai penanda wacana atau sebaik-baik saja lebih tepat? | Frasa yang paling tepat ialah sebaik-baik sahaja. | Tatabahasa | 20.10.2010 |
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih. | 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat ) Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal. 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat) 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat) 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT) 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT) 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja? | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan. Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 29.09.2012 |
Kek itu mengembang sebaik sahaja dikeluarkan dari ketuhar. (Adakah ayat di atas betul?Saya berpendapat bahawa kata kerja "mengembang"yang digunakan tidak sesuai) | Saudara, Perkataan mengembang dalam ayat itu sesuai digunakan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
7. Lagu kebangsaan berkumandang di langit sebaik sahaja selesainya upacara tersebut. Tiada kesalahan. munsyi, adakah di langit salah? TQ adakah ayat ini gramatis? | Penggunaan yang lazim digunakan ialah 'berkumandang di udara'. Ayat itu tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa sebagai panduan membina ayat dengan gramatis. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
1. Bagaimanakah dapat membezakan antara kata sendi "untuk" , "demi" dan "bagi". Harap dapat penjelasan. | Untuk dan bagi membawa maksud yang sama, iaitu guna, bagi, buat; demi = sebaik sahaja, pada ketika, kerana, untuk. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Saya ingin mencari semula buku-buku teks komponen sastera yang terdahulu (2000 - 2009). Di mana saya boleh dapatkan buku tersebut? Apa yang terjadi kepada kesemua salinan buku teks di seluruh negara sebaik sahaja buku teks KOMSAS ditukar pada 2010? | Dalam hal yang tuan nyatakan ini, kami sarankan tuan merujuk Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 18.09.2013 |
1.Pihak polis telah berjaya mengumpul pelbagai maklumat sebaik sahaja kejadian itu disiarkan melalui akhbar. tuan, jawaban ialah sebaik salah, apakah pandangan munsyi? TK 2Puan Intan sering teringat-ingat peristiwa kebakaran yang telah memusnahkan rumahnya dulu. tuan, jawaban yang tiada kesalahan, tetapi saya sepatutnta teringat-ingat akan, apakah pandangan tuan? TK | 1. Sebaik juga bermaksud sebaik-baik, namun lazimnya kita menggunakan perkataan sebaik-baik dalam konteks ayat tersebut. Lihat Kamus Dewan untuk melihat maknanya. 2. Frasa yang betul ialah "teringat-ingat akan". | Tatabahasa | 20.02.2013 |
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah? | Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.02.2012 |
Bezakan antara penggunaan 'untuk' dengan 'bagi' - mana satu istilah yang betul. "bagi tahun 2007" atau "untuk tahun 2007" bagi terjemahan daripada bahasa Inggeris "for the year 2007". | 'Untuk' dan 'bagi' membawa maksud yang sama, iaitu guna, bagi, buat; demi = sebaik sahaja, pada ketika, kerana, untuk. Kedua-dua terjemahan tersebut adalah etul. Harap maklum. | Tatabahasa | 06.06.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| sahaja (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,
2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa, Berantonim dengan jarang-jarang
3. Bersinonim dengan juga: jua
4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,
5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,
| Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan, |
|
|