Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. Perkataan yang manakah paling sesuai? Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang? | Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. Kedua- duanya betul. Yang paling sesuai ialah orang ramai. Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang? Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
Ingin bertanya tentang perbezaan dan penggunaan "banyak" dan "ramai". "Ramai orang suka makan kueh tiau di gerai itu." Adakah ayat ini betul? Atau "Banyak orang suka makan kueh tiau di gerai itu." adalah ayat yang betul. Harap pihak tuan dapat membantu saya. TQ | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Banyak orang suka makan kuetiau di gerai itu" adalah betul. | Tatabahasa | 23.01.2011 |
Apakah perbezaan antara 'orang ramai' dengan 'ramai orang' | Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. | Makna | 24.07.2013 |
Assalamualaikum. saya kurang faham penggunaan orang ramai dan ramai orang. Adakah ayat ini betul ? ( gambar satu kemalangan jalan raya ) Orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. atau ramai orang datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. Mana satu ayat yang betul. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Orang ramai dan ramai orang ada membawa maksud yang sama iaitu khalayak ramai, orang banyak atau umum. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih persis ialah orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. | Tatabahasa | 16.06.2009 |
Pencuri itu dikejar oleh "orang ramai" atau"ramai orang"??? Yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul? | Ayat yang betul - Pencuri itu dikejar oleh orang ramai. 'orang ramai' dalam ayat tersebut merupakan frasa nama yang merujuk kepada masyarakat. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
penggunaan ramai untuk ramai orang betul ke? atau byk orang? ramai digunakan untuk suasana juga ke? | Ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Juga merujuk suasana atau keadaan sesuatu tempat. | Tatabahasa | 31.03.2009 |
Perbezaan perkataan banyak dengan ramai | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan antara kata "banyak" dengan "ramai"? Adakah kedua-dua kata boleh digunakan untuk manusia? Apakah perbezaan antara "banyak orang" dengan "ramai orang" ? "Ramai murid" atau "banyak murid" yang betul? Terima kasih. | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
dikagumi oleh orang ramai atau ramai orang | Kedua-duanya betul, tetapi yang paling tepat ialah dikagumi oleh orang ramai bermaksud dikagumi oleh khalayak umum. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
beza penggunaan 'ramai' & 'banyak'. bina sebanyak ayat menggunakan perkataan 'ramai' | Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Contohnya i. Ramai/banyak orang berkumpul di dalam dewan itu. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. | Tatabahasa | 26.01.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| ramai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar,
laguh-lagah, becang-becok, Berantonim dengan sunyi
2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira, Berantonim dengan sugul
3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau, Berantonim dengan lembap
4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,
5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun,
berasak-asak, berhimpit-himpit, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian, |
|
Puisi |
---|
|
Anak lutung di pokok jelutung, Anak mawas di pokok ara; Ramai-ramai kita berpantun, Kerana memuja teruna dan dara.
Lihat selanjutnya... |
|