Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
pendita pendeta soldadu | Tidak ada soalan yang ditanyakan. Sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas. | Lain-lain | 08.09.2011 |
Apakah jawatan yang telah diberi oleh O.T DUSSEK kepada Pendeta Za'bs di SITC? | Terima kasih atas soalan anda, anda boleh membuat rujukan seperti di bawah : 1.www.bahau.com.my/english/eteratak.htm 2. Pendeta Tan Sri Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) 16 September 1895-23 Oktober 1973 | Norhalim Haji Ibrahim | Lembaga Muzium Negeri Sembilan | 2006 3. Za'ba dan Melayu | Adnan Hj. Nawang | Berita Publishing | 1998 | | Lain-lain | 15.07.2008 |
sumbangan za,ba terhadap perkembangan bahasa melayu | Sila rujuk bahan ini : Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994 Perjuangan Za'ba untuk memartabatkan pendidikan Melayu | Adnan Haji Nawang | Jurnal Pengajian Melayu | 01/01/1996 Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000 Za'ba Pendeta Bangsa | Mahaya Mohd. Yassin | Dewan Sastera | 01/03/2005 Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasa | Azizul Azman Othman | Mutiara Malaysia | 01/05/1995 | Lain-lain | 07.05.2008 |
Perkataan bahasa melayu asal mengikut pendeta Zaaba. T.K. | Sila rujuk buku nukilan Za'ba, iaitu Pelita Bahasa (Jilid 1 dan Jilid 2) dan Ilmu Mengarang Melayu. Kedua-duanya diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 17.01.2008 |
Assalamualaikum, tuan. Saya Norol Farhana Mohd Fuzi dari Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Putra Malaysia. Kolej kami akan mengadakan satu program Make It Right Campaign 3 (MIRC 3). Program ini sebenarnya berbentuk ilmiah, di mana aktiviti-aktivitinya berkonsepkan syariat Islam serta nilai-nilai murni, dan tidak terhad untuk mahasiswa Islam bahkan bukan Islam. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 1 Mac hingga 30 April 2013. Jadi, pihak kami ingin memohon penajaan daripada pihak tuan untuk memberi sumbangan terhadap program ini.Jadi bagaimana kami ingin memohon sumbangan dari pihak tuan? Sekian, terima kasih. | Sila kemukakan surat permohonan tajaan kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.01.2013 |
sumbangan Za'aba atau nama penuh beliau Zainal Abidin Ahmad dalam ilmu linguistik | Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 15.12.2009 |
contoh ayat yang menggunakan perkataan di bwh utk menunjukkan mksud perkataan tersebut & kaitknnya dgn paradigmatik, sintagmatik, kebudayaan & hipotesis sapir whorf. (ibu, sastera, pendeta, putera, baju) | Soalan sdr terllalu luas bidangnya. Perlu disempitkan dan soalan tersebut lebih berbentuk ilmiah. Kalau hendak dibincangkan hipotesis sapir whorf, kami berpendapat lebih baik sdr merujuk buku atau tulisan yg membicarakan hipotesis tersebut. Untuk itu sdr hendaklah melihat tesis atau disertasi yg pernah ditulis oleh orang lain yg menyentuh persoalan tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 12.09.2008 |
saya memerlukan beberapa contoh syair yang berkaitan dengan ilmu bagi rujukan anak saya. Minta berikan beberapa contoh rangkap, buku atau sebagainya. | Berikut dilampirkan sebuah syair berjudul "Kelebihan Ilmu" oleh Pendeta Za'ba. Untuk mendapat syair-syair lain, sila rujuk buku "Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran" oleh Harun Mat Piah, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 21.02.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' dan apakah skop petikan ini? | Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang dan terbilang. Bermula dengan bahasa kebangsaan, menurut Pendeta Za'ba : 'Bahasalah yang akan dapat menambah kepandaian ilmu bangsanya kerana hanya bahasa yang boleh menjadikan manusia berilmu dan berakal'. Menurut Dato' Dr Hassan Ahmad : 'Asas pembangunan dan kemajuan negara kita bergantung pada setakat manakah bangsa kita mempunyai kekuatan dan keupayaan ilmu dan pengetahuan untuk menciptakan kemajuan itu dalam dan melalui bahasa kita. Kita tidak boleh bergantung selama-lamanya pada ilmu yang diimport sahaja kerana kadang-kadang ilmu yang diimport dari luar itu tidak dapat disesuaikan dengan keadaan kita, dengan keperluan, tujuan dan matlamat pembangunan kita'. Oleh itu, melalui penguasaan bahasa kebangsaan yang cemerlang khususnya dalam mengejar ilmu pengetahuan, akan menjadikan bangsa kita gemilang, yang impaknya amat besar dalam pembinaan negara-bangsa terbilang. | Lain-lain | 23.02.2008 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| pendeta (kata nama) | 1. Bersinonim dengan pujangga: ilmuwan, ilmiawan, sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, mahaguru, profesor,
pakar, ahli, bijak pandai,
2. Bersinonim dengan ulama: sami, paderi, paus, biarawan, biarawati, boksu, maharesi,
3. Bersinonim dengan pertapa: wiku, biku, biksu, biksumi.,
|
|
|