Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dengar cakap saya. Adakah ayat di atas mempunyai dua maksud? Maksud pertama-Adakah kamu dengar apa yang saya cakap? Maksud kedua- buat/patuh apa yang saya cakap | Ayat "Dengar cakap saya" bermaksud buat/patuh apa yang saya cakap. | Makna | 28.10.2022 |
Salam sejahtera, Mohon perhatian pihak tuan terhadap perkara berikut bagi penambahbaikan. Senarai maksud kata tidak dipaparkan dengan lengkap di bahagian tab pilihan maksud (maksud ke-4) tetapi ia tersenarai di bahagian bawah. Sila rujuk tangkap layar yang saya sertakan. Saya sangat berbesar hati sekiranya penambahbaikan dapat dibuat dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna lawang sesawang PRPM. Komitmen masa dan tenaga pihak tuan dalam menyelesaikan hal ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Salam hormat. | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 07.06.2024 |
Maksud 'baba'. Boleh tak maksud baba memberi maksud bapa atau ayah. Sekiranya boleh, adakah ia adalah kata formal atau loghat sahaja? sebab dalam laman web dbp, salah satu maksud baba keluar sebagai jk bapa; babe. boleh jelaskan. | Kata "baba" yang merujuk panggilan kepada ayah, bapa, babe dalam bahasa Melayu ialah bahasa basahan, bukannya bahasa Melayu standard. Singkatan "Jk" ialah Jakarta (merujuk bahasa Melayu Jakarta/masyarakat Betawi yang menyebut baba/babe untuk panggilan ayah. | Makna | 10.09.2021 |
MAKSUD 'PANGKALAN' , MAKSUD 'PANGKALAN UDARA' , ADAKAH 'PANGKALAN UDARA' BOLEH DIGUNAKAN SELAIN DARI TENTERA DI MANA DEFINISI 'AIR BASE' DALAM BAHASA INGGERIS HANYA EKSKLUSIF KEPADA PENEMPATAN TENTERA. JIKA DIBOLEHKAN PENGGUNAAN 'PANGKALAN', BAGAIMANA KEADAAH PENGGUNAAN SEBENAR PERKATAAN 'PANGKALAN'. SEBAGAI CONTOH 'PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG' ATAU 'PANGKALAN UDARA SUBANG JBPM' ATAU 'PANGKALAN UDARA BOMBA SUBANG' | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "pangkalan" ialah tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain); 3. pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya. Contoh penggunaannya: Pangkalan Data, Pangkalan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Udara, Pangkalan Kapal Layar dan sebagainya. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG. | Makna | 19.07.2021 |
Salam sejahtera, 1. Bolehkah saya mengetahui lebih lanjut mengenai maksud kata "payung" daripada aspek maksud teras dan maksud pinggiran? 2. Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut mengenai maksud kata "payung" selain PRPM? | Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1637-1638) untuk mengetahui makna "payung" dengan lebih jelas. Makna teras dan makna pinggiran (kiasan) terakam dalam pecahan makna bagi kata ini boleh diperoleh daripada maklumat yang disusun dalam kamus tersebut. Kata "payung" juga mempunyai homonim yang mungkin tidak diketahui ramai orang. Saudara juga boleh menghubungi Puan Siti Norsuhaila binti Samsudin (03-21479183) di Bahagian Perkamusan, DBP untuk maklumat lanjut. | Makna | 08.05.2024 |
Apakah maksud perkataan pemolek dalam maksud bunga-bungaan yang ada di Kamus Dewan Edisi Keempat di makna ketiga 3. pemolek (hiasan) itu? Adalah maksud pemolek ialah hiasan? Boleh jelaskan? Pautan: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bunga-bungaan&d=175768LIHATSINI Sekian,Terima Kasih. | Bagi kata "bunga-bungaan" makna ketiga dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah "pemolek (hiasan)". Pemolek di sini bermaksud kata-kata yang indah, kiasan dsb yang digunakan dalam pertuturan, seni kata dsb. Sila rujuk kamus yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Untuk lebih mendalaminya, tuan juga boleh merujuk bidang Kesusasteraan Melayu. | Makna | 23.04.2023 |
Salam sejahtera, Tuan/Puan, Soalan saya berkenaan dengan maksud dan penggunaan kata "cebur" dan "kecimpung", dan kenapa terdapat 2 perkataan berlainan tapi dengan maksud sama (jika maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama)? Contoh konteks penggunaan dua perkataan ini bagi persoalan saya ialah berikut; dan saya mengambil contoh dari artikel (https://www.ukm.my/news/arkib-berita/year-2014/april-2014/graduan-harus-menceburi-perniagaan-bukan-makan-gaji/) Perenggan 4: "Bagaimana pun Shamsuddin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada." Dalam perenggan ini, perkataan "menceburi" seolah-olah bermaksud bahawa baru mahu bermula untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Perkataan "berkecimpung" pula seakan-akan sudah lama bergiat dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, pemahaman saya ialah kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan untuk menggantikan sesama perkataan, bergantung kepada penyusunan semula ayat, tetapi perbezaan antara dua ini ialah dari segi penggunaan: "cebur" bagi sesuatu yang baru hendak melibatkan diri, manakala "kecimpung" adalah bagi yang telah lama melibatkan diri. Soalan saya, adakah pemahaman saya ini betul atau salah? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan petikan “Bagaimanapun Shamsudin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada” Pemahaman tuan dalam konteks petikan tersebut betul kerana “ingin menceburi” bermaksud baru/berhasrat untuk berniaga. Manakala “berkecimpung” dalam petikan tersebut merujuk kepada perniagaan yang sedia ada. Kata “cebur” dan “kecimpung” ialah kata nama yang bemaksud “bunyi seperti benda yang besar jatuh ke dalam air”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” pula menbawa makna kiasan iaitu “melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu pergerakan, kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” boleh bertukar ganti penggunaannya berdasarkan konteks ayat. Perkataan yang berbeza, namun mempunyai maksud yang sama membuktikan kekayaan kosa kata bahasa Melayu. | Tatabahasa | 03.12.2021 |
Maksud | Cadangan padanan bagi istilah band dalam bahasa Melayu ialah tahap atau aras. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 11.02.2025 |
Maksud bagi pernyataan bersenarai yang mempunyai perkataan "dan" pada senarai kedua terakhir (rujuk Lampiran Fail) : 1. Adakah semua 10 justifikasi perlu dipatuhi (tiada pengecualian)? atau 1. Adakah salah satu atau lebih justifikasi (daripada 10) sahaja perlu dipatuhi? | Berdasarkan pernyataan pada lampiran, kami berpandangan salah satu atau lebih justifikasi perlu dipatuhi. | Lain-lain | 05.09.2024 |
Maksud penulisan akademik | Penulisan akademik ialah penulisan yang dibuat secara ilmiah atau saintifik berdasarkan pengumpulan data secara formal dan bersifat objektif. Penulisan akademik mesti menggunakan tatabahasa yang betul. | Lain-lain | 09.09.2024 |
|
Tesaurus |
---|
| maksud (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad,
kasad, anju, hujung,
2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir,
takwil,
| Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 622 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|