Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Maju Trading arm | Syarikat Subsidiari Maju Trading/Syarikat Bersekutu Maju Trading | Tatabahasa | 09.05.2007 |
bas Maju Jaya atau Bas Maju Jaya? A1 atau 1A?(untuk peperiksaan SPM) eropah atau Eropah? si Riang atau Si Gusar? abang Ali atau Abang Ali? | Yang betul ialah Bas Maju Jaya. A1 atau 1A perlu mengikut konteks sama ada bagi kategori yang ada A1 dan A2 atau bilangan A yang diperolehnya ialah 1A. Kata nama khas seperti Eropah, Abang Ali hendaklah ditulis awalannya dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis si gusar atau si riang. | Ejaan | 06.11.2009 |
makna perkatan "MADANI" saperti ingin dibayangkan dengan perkataan 'Masyarakat madani' perbezaan dengan masyarakat modern ; -harmonis ; -aman ; -maju atau yang agak sama maksud nya. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan(berkenaan dengan masyarakat, generasi dsb.). Moden bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,cara(kaedah)baru, mutakhir. Harmonis bermaksud selaras, seimbang, sepadan,sesuai atau bersesuaian(antara satu sama lain). Aman bermaksud bebas daripada keadaan kacau-bilau(seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan,dsb.); bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan ,damai, tenang,tenteram. Maju bermaksud bergerak ke muka, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan; bertambah baik baik keadaannya(dalam pelajaran, perniagaan dll.);tinggi tamadunnya(peradabannya,taraf hidupnya, dll). Berdasarkan makna di atas , maka dapat dilihat perbezaan antara konsep-konsep tersebut.Masyarakat madani melibatkan kemajuan dari segi pemikiran dan kerohanian, masyarakat moden melibatkan kemajuan dari segi fizikal seperti pembangunan dsb., masyarakat harmonis dan aman melibatkan keadaan masyarakat yang stabil dan bebas daripada kacau-bilau, dan masyarakat maju pula melibatkan keadaan masyarakat yang bertambah baik dari segi ekonomi, pembangunan, industri dsb. | Makna | 30.05.2008 |
Apakah maksud "Masyarakat Madani Tanpa Dadah"? | Madani berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Oleh itu, ungkapan tersebut boleh bermaksud "Masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan tanpa terlibat dengan penyalahgunaan dadah". | Makna | 20.03.2009 |
Kenapa perkataan dilabelkan dalam ayat ini adalah salah? "Negara Thai tidak mahu dilabelkan sebagai negara yang hanya bergantung pada negara-negara maju". Terima Kasih | Negara Thai tidak mahu dilabelkan sebagai negara yang hanya bergantung pada negara-negara maju". - penggunaan dilabelkan dalam ayat ini betul kerana label juga membawa maksud (kiasan) mengecap seseorang sebagai mempunyai sifat yang tidak baik seperti jahat dan sebagainya. | Tatabahasa | 09.06.2010 |
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan terdahulu. Bolehkan pihak DBP memberikan huraian lanjut kepada frasa nama 'status negara maju' tersebut? Maksudnya apakah golongan kata bagi tiga perkataan yang membina frasa nama tersebut Terima kasih. | Saudara, Perkataan 'status'- kata nama, 'negara'- kata nama dan 'maju' - kata adjektif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 04.01.2010 |
Murid sekarang perlu berkuasa dalam bidang komputer untuk maju dalam pelajaran. munsyi, ADAKAH BERKUASA DALAM DALAM AYAT INI GRAMATIS? tERIMA KASIH SEKALUNG BUDI PIHAK DBP | Perkataan yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah menguasai. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
apakah definisi kemajuan | Kemajuan ialah perihal maju (taraf hidup dll): kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb). | Makna | 30.01.2010 |
Berikut adalah ayat-ayat yang digunakaan pada papan tanda: "khidmat simpan beg" "kanak-kanak di bawah 6 tahun" "tempat menyimpan beg" "Restoran Al-Berkat Maju" "awasi penyeluk saku" atau "awas penyeluk saku" "dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini" "D'Santai Station" "Wakil Insurans Am" "laluan untuk busiuness sahaja" "Parking Motosikal" "Motosikal s'ja" saya ingin tahu ayat yang betul. terima kasih. | Saudara, Frasa yang betul ialah : i. khidmat simpan beg atau tempat menyimpan beg ii. Restoran Al-Berkat Maju (bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) iii. kanak-kanak di bawah 6 tahun iv. awas, penyeluk saku! v. Dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini vi. D Santai Station seharusnya Stesen D' Santai(bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) vii. wakil insurans am viii. laluan untuk niaga sahaja ix. motosikal sahaja | Tatabahasa | 25.08.2010 |
terdapat golongan di negara kita yang hidup kemiskinan sedangkan ekonomi negara kita maju... apakah peribahasa dalam situasi di atas? | Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 17.02.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| maju | 1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya, (adjektif:) Berantonim dengan mundur
2. Bersinonim dengan bertambah baik ( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, ) (adjektif:) Berantonim dengan mundur
3. Bersinonim dengan mara ( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju, |
|
|